Thursday, February 13, 2014

Kes Saman Fitnah Wan Ahmad Terhadap Mat Sabu Ditangguh 27 Februari


Mahkamah Tinggi di sini Khamis menangguhkan kepada 27 Februari ini keputusan kes saman fitnah yang difailkan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah.

Peguam Wan Ahmad, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu para pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menangguhkan keputusan kes itu yang sepatutnya disampaikan pada Khamis di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam kesemua defendan, Azhana Mohd Khairuddin.

Beliau berkata, mahkamah masih belum membuat keputusan sepenuhnya kerana perlu meneliti beberapa penjelasan antaranya berkenaan isu penerbitan dalam akhbar Harakah dan dokumentasi melibatkan defendan ketiga dan keempat.

Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau MatSabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak BolehDipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalamHarakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari tahun lepas.

Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah.

Sebelum ini Mat Sabu telah mengerahkan seluruh unit amalnya untuk mengawal Teresa Kok daripada ditampar oleh NGO Islam Pas menganggap Ngo Islam mahu membunuh Teresa Kok

2 comments:

  1. Janganla pulak esuk esuk buat selesai luar mahkamah pulak. Kalau buat macam tu, aku akan haramkan kaluarga ku sokong BN dan UMNO. Ingat!!! Kes tian chua dan mustafa ali masih lagi pahit untuk kami telan.

    ReplyDelete
  2. Bro Anoy 6.48PM lu tau peguam umporno bkn hebat sgt tanpa ehsan hakim mrk siang2 tarik diri utk berjuang di mahkamah.... lu studylh kes2 terdahulu yg prnh mrk tewas......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.