Sunday, February 2, 2014

Malaysian Insider Tuduh Umno Main Taktik Kotor Sekat Anwar Jumpa Pengundi Dalam Masjid


Portal pro pembangkang Malaysian Insider hari ini menuduh umno menjalankan taktik kotor bagi menyekat Anwar Ibrahim daripada berjumpa dengan pengundi di Dun Kajang.


Tuduhan ini dibuat oleh malaysian Insider hanya kerana Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memberi tazkirah politik dalam sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang.
 
Apabila Anwar diberitahu bahawa beliau tidak boleh bertazkirah politik dalam masjid oleh Majlis Agama Islam lalu beliau terus menuding jari terhadap umno kononnya umno yang memberi arahan kepada Mais supaya berbuat demikian.

Mereka juga menuduh bahawa umno cuba menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi kononnya bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata iaitu tidak membenarkan berpolitik dalam masjid.

Tidak habis dengan itu Malaysian Insider cuba mengaitkan Institusi Diraja yang menjadi punca keadaan ini berlaku. Mereka menuduh umno menggunakan pengaruh  istana dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama demi takut kepada Anwar Ibrahim dan pembangkang.

Sebelum itu Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat terpaksa membatalkan niatnya kerana diarah berbuat demikian kerana beliau tidak mempunyai tauliah. Mais khuatir jika mereka ini dibenarkan menggunakan masjid sebagai pentas politik maka masjid akan jadi pentas fitnah dan caci mencaci sesama umat Islam.

Mereka menganggap Mais tidak memberi kebebasan kepada Anwar dan sekutunya mempergunakan masjid bagi memberi tazkirah politik kepada penyokong beliau.

Menurut Malaysian Insider amatlah tidak adil bagi Mais bertindak sedemikian kerana negara Malaysia amalkan kebebasan bersuara.

Dengan artikel yang ditulis oleh Malaysian Insider itu membuatkan pengundi Dun Kajang lebih menyalahkan umno sedangkan Mais bertindak mengikut lunas undang-undang. Jika Malaysian Insider dan Anwar Ibrahim tidak berpuashati dengan tindakan itu mereka perlulah membuat laporan polis.

Atau Malaysian Insider sengaja untuk mensensasikan perkara itu supaya pengundi merasa kasihan kepada Anwar Ibrahim dan ini merupakan satu kelebihan buat Anwar Ibrahim.

Banyak lagi muslihat pembangkang yang bakal disajikan kepada pengundi Kajang oleh Anwar Ibrahim sepanjang kempen Dun Kajang.

Umno perlu ingat, taktik Anwar Ibrahim kini adalah hanya untuk menagih simpati rakyat kononnya beliau dianiaya dan diperlakukan secara tidak adil sehinggakan tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun pun disalahkan umno.

Taktik inilah yang membuatkan pembangkang menang agak besar dalam PRU13 yang lalu kerana rakyat terlalu kasihan dan simpati dengan Anwar Ibrahim.

Taktik yang sama juga pernah digunakan oleh Wan Azizah ketika menjadi calon Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 dimana Wan Azizah menangis teresak-esak dihadapan pengundi pada petang sebelum pembuangan undi diadakan. Wan Azizah tahu jika beliau tidak melakukan sedemikian kemungkinan parlimen Permatang Pauh akan jatuh ketangan umno.

Taktik ini juga digunakan oleh pakatan rakyat apabila bas mereka dibaling dengan cat merah (samada umno yang baling atau penyokong pakatan rakyat sendiri) yang baling belum dapat ditentukan, yang pastinya Anwar Ibrahim sengaja membiarkan cat merah dikekalkan pada dinding bas kerana itu akan membangkitkan rasa simpati rakyat kepada pakatan rakyat yang kononnya mereka dizalimi sedemikian rupa.

Akan ada lakonan Anwar Ibrahim dipukul oleh penyokong umno sebagai gimik untuk menagih simpati pengundi Dun Kajang. 

Secara dasarnya dirinya sendiri pun penuh dengan masalah moral bagaimana beliau hendak menyampaikan tazkirah?


4 comments:

  1. MI ni memang lahanat dn baruah tak reti apa itu undang-undang dan peraturan. Jangan layan mulut longkang MI.......Ini pun puak RBA.

    ReplyDelete
  2. mais jais umno semua kangkong...

    kangkong busuk

    ReplyDelete
  3. Memang patut pun..Kotor...nak kempen pergi le tempat lain...jangan pecah belahkan orang islam lagi...cukup lah yg dah sedia pecah tu...jangan tunjuk yg diri tu terlalu bersih...

    ReplyDelete
  4. Politik kepartian semmgnya patut dijauhkan dr masjid dan surau. Jamaah masjid dan surau bukan hanya dr satu pihak bahkan dr pelbagai pihak dan ramai juga yg non partisan. Politik kepartian di masjid dan surau bakal menimbulkan ketegangan di kalangan jamaah dan penduduk setempat. Langkah jabatan agama dgn peraturan tauliah adalah utk menjaga keharmonian jamaah dan penduduk setempat dan memastikan masjid dan surau tidak dijadikan tempat utk menyebarkan ajaran yg salah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.