Tuesday, February 18, 2014

Nurul Izzah tetap Mahu Teruskan Kes Penceraian, Kes Ditetapkan Pada 11 Mac



Tarikh sebutan kes perceraian yang melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang difailkan terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar ditetapkan pada 11 Mac ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syariah Ab Malek Awang selepas bertemu peguam itu di ruang Mahkamah Syariah Rendah, Jalan Sri Hartamas.

Peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah memberitahu pemberita bahawa mereka sedang membincangkan perkara itu dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik, namun Nurul mahukan kes penceraian tetap diteruskan.

Prosiding perceraian bersama masih berterusan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) .

Suami Nurul, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba bersama peguamnya 10.30 pagi.

Nurul Izzah, 33, memfailakan permohonan Fasakh untuk bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar,35, dalam petisyen yang difailkan pada bulan Disember lalu.

Rendah Syariah Mahkamah di Jalan Sri Hartamas telah mengesahkan bahawa Nurul Izzah, anak perempuan sulung kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, memfailkan petisyen di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.




Kes tersebut 14001-055-0023-2014, pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Jan yang lalu. Dokumen ini telah dikeluarkan oleh pemimpin PKR sendiri yang mahu isu ini diketahui oleh rakyat.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003, dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan anak lelaki berusia lima tahun.

Laporan awal berkata keluarga pasangan itu telah memujuk mereka untuk berdamai namun terlalu banyak krisis moral Nurul Izzah dan bapanya Anwar Ibrahim yang menghantui mereka.

Nurul akan ke Mahkamah Syariah untuk perbicaraan kes penceraiannya iaitu  pada hari penamaan calon bagi Kajang pilihan raya kecil di mana bapanya Anwar Bin Ibrahim bertanding di Kajang.

2 comments:

  1. admin...
    saya mimpi admin kahwin ngan Nurul Izzah..
    sedar2 dah suboh...
    he2
    jgn mare.
    mcm ayat sape ni...
    mcm besa dengaq...

    ReplyDelete
  2. Marah pulak Sultan Melaka dia dah booking awal-awal lagi...buat gundik permaisuri dah ada

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.