Wednesday, February 26, 2014

Pada 2010: Krisis Air Selangor Hanya Mainan Umno Kata Pakatan Selangor!


Krisis air di Selangor bukannya berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petanda. Sejak 2010 lagi kerajaan negeri telah diberi amaran oleh pakar akan terjadinya masalah air yang meruncing dalam beberapa tahun akan datang.

Malah, lebih dari itu, jalan penyelesaiannya telah pun dikaji dan dirancang jauh lebih awal dan hanya menunggu perlaksanaan sahaja.

Namun, malang bagi rakyat Selangor kerana telah memilih kerajaan dari parti yang lebih mementingkan politik dari pengurusan negeri dan rakyat. Ketika amaran, kajian dan perancangan dibentangkan, kerajaan negeri menuduh ia hanya sebahagian dari mainan politik UMNO. Kononnya, projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan pusat untuk menangani masalah bekalan air adalah berunsur kronisme dan bakal menyebabkan tariff air meningkat. 




Sedangkan hakikatnya, Loji Langat 2 tiada kena mengena dengan tariff air kerana ia merupakan projek kerajaan pusat untuk kesejahteraan rakyat Selangor.

Kerajaan PR Selangor juga sebelum ini mendabik dada sebagai lebih arif tentang bagaimana untuk mengatasi masalah bekalan tanpa perlu merujuk kepada rancangan awal oleh kerajaan BN terdahulu mahupun kerajaan pusat, ataupun syarikat bekalan air yang dikatakan kroni UMNO.

Kononnya, kerajaan PR mampu mencari kaedah lain yang lebih murah dan praktikal. Sedangkan hakikatnya, kerajaan pusat telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor dan kerajaan negeri hanya perlu membina Loji Langat 2 sahaja. Tentu sahaja kaedah ini sudah cukup murah.

Namun, ia tetap ditolak oleh PR dengan berbagai-bagai alasan politik. Kini, setelah semakin lama pembinaan ditangguhkan, tentulah semakin meningkat kosnya.

Jika diimbas kembali sejak beberapa tahun dahulu, begitu banyak sekali ‘konon-konon’ yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor bagi menepis isu air.

Selangor pernah mengumumkan yang kononnya kerajaan negeri akan memproses air lombong bagi menampung keperluan rakyat di mana harganya lebih murah berbanding Loji Langat 2.

Memetik sumber dari The Star pada 16 Februari 2012, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, “kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air. Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020."

Dalam satu kenyataan media dalam Selangorku.com, pada 21 Oktober 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim siap memberikan bukti kononnya Selangor tidak akan berhadapan dengan masalah air dalam masa terdekat berdasarkan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang meningkat sebanyak 55.43 peratus kepada 127.49 meter padu.

Beliau kemudian berkata, “Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.”

Tahun demi tahun berlalu, peringatan demi peringatan diberikan namun kerajaan negeri Selangor terus-terusan menafi yang krisis air akan berlaku dan kadangkala mengaku pula ia akan berlaku tetapi tiada apa perlu dirisaukan kerana ‘kononnya’ kerajaan negeri mempunyai teknologi terkini yang lebih baik dan lebih murah untuk menangani krisis itu.

Akhirnya, 2014 pun tiba dan masih tiada apa-apa penyelesaian yang dicapai oleh kerajaan negeri. Akibatnya beribu-ribu rakyat Selangor kini terpaksa menanggung sengsara ketiadaan air sehingga berminggu-minggu.

Pun begitu, kerajaan PR Selangor masih lagi enggan mengaku kebodohan dan kesilapan sendiri tetapi terus menerus menipu dengan menyalahkan syarikat bekalan air, kalau pun tidak menuduh krisis ini sebagai sabotaj dari kerajaan UMNO. Hatta, sehingga ke hari ini juga, kita melihat kenyataan Menteri Besar Selangor terus menerus bersifat menipu kononnya bekalan air mencukupi sehingga 5 bulan lagi dengan cuba menyalahkan pihak syarikat bekalan air.

Hakikatnya, syarikat bekalan air hanya menyediakan khidmat rawatan dan pengedaran, tetapi masalah ketiadaan air adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Dengan kedegilan kerajaan negeri menerima bekalan dari Pahang melalui Loji Langat 2, maka mereka perlu mencari alternatif lain bagi memastikan bekalan mencukupi. Di mana proses air lombong yang dijanjikan? Di mana proses pembenihan awan atau apa saja yang kononnya mampu difikirkan?

Jelaslah bahawa semuanya tipu belaka!

Mungkin parti PR telah terlalu biasa hidup dengan cara menipu. Oleh itu, walaupun telah menjadi kerajaan, mereka masih lagi membawa sikap menipu dan enggan bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku ke atas negeri dan rakyat di bawah pemerintahan mereka.

Persoalannya, selama mana sebuah kerajaan negeri boleh bertahan dengan cara menipu? Apapun, terpulanglah kepada rakyat Selangor sendiri untuk menentukannya.

12 comments:

  1. Warga Selangor..and telah membuat pilihan.
    Jadi bertanggung jawablah dgn ilihan anda....
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Saya meWAJIBkan agar semua Rakyat Selangor bangkit dan menyaman Kerajaan Selangor kerana gagal membekalkan air walaupun mereka telah berkata pada 22hb Februari yang lepas menyatakan bahawa bekalan air selangor cukup sehinggan bulan Mac 2014 nanti. Sehingga kini rakyat Selangor menderita tapi apakah tindakan kerajaan Selangor membantu rakyat. Adakah mereka mengerahkan anak-anak dan ahli AMK PKR, ahli PAS dan DAP membantu rakyat?? Bahkan mereka lebih mengutamakan berpitado di gereja, di surau, di masjid, dan di kuil demi Anwar sedangkan Anwar sendiri pun langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan dan tidak memperdulikan bantuan kepada bakal pengundi-pengundinya. "Anwar Ibrahim berkata"Ada Aku Kesah!???"

    ReplyDelete
  3. klu x tau pape pasal isu air kat selangor ni jgn tulis kat blog..nnt anda yg malu. Tanya pada yang pakar bukn hanya mendengar ckp2 org di kedai kopi. DS Khali Ibrahim lebih tahu ape yang dia buat dan bakal lakukan untuk kepentingan rakyat selangor. Klu nak tau sangat apa masalah sebenar yang berlaku sekarang tanya pihak SYABAS sendiri dan penjaga2 loji yang terlibat yang telah diupah oleh pihak SYABAS untuk menutup rahsia KEBODOHAN org2 UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakar hanya tau kelentong rakyat

      Delete
    2. Kalau si pakar a.k.a khalid ibrahim tu tau sgt2 pasal air selangor apasal kawan ko si anwar juburi tu nk jd MB tmpt ko??pakar lah konon..Syabas pakat2 lah konon.. Umno bayar lah konon..ckp saja bolehlah,ko ingat rakyat bodoh mcm ko dan pkr ke?

      Delete
  4. Minum le air lombong...yg di sarankan oleh MB kahkah alid.....

    ReplyDelete
  5. Satu lagi fitnah pembangkang tuduh syabas keringkan air dikolam khalid ibrahim

    ReplyDelete
  6. Kat rumah khalid ada kolam renang...semua boleh datang mandi...

    ReplyDelete
  7. Kepada JKR...sila hantar debu tanah 4 lori ke rumah Salehan mokhyi .... untuk rakyat beristinjak...dan bertayamum...

    ReplyDelete
  8. masalahnya yang tak memilih pun kena tanggung akibatnya jugak. Terima kasih pengundi Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  9. Mmg Umporno Selangor gunakan isu air utk menjatuhkan PR terutama dlm PRU13 lalu dgn bantuan TV3 RTM n Utusan Meloya sedangkan negeri kelahiran Najib terutama peneroka Felda dh lama kehausan air .... rakyat Selangor bijak tu psl PR Selangor menang lebih 2/3 PRU13 lalu. Krisis air skrg pn meliputi semua negeri di Malaysia gara2 musim kemarau jgn nk kelentonglh Admin yg haprak kelas pertama ni. Dgn pengambilalih perkhidmatan air Selangor sudah tentu rakyat Selangor yg untung kami akan terus mendapat air percuma (tiada dinegeri2 Umporno) kami akan terus menyokong PR Selangor n akan memastikan Umporno yg dikepalai samseng Noh Udang terus layu di bumi Selangor spt di Penang/kelantan.....A.B.U.....

    ReplyDelete
  10. Ambilah air percuma kat lombong tu...di The Mines pun ada air lombong...tak payah pakai langat2

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.