Sunday, February 9, 2014

Pas Kerah Seluruh Unit AmalNya Lindungi Teresa Kok Daripada Ditampar


Setiausaha Agung parti Dap Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana memberi kerjasama yang padu terhadap keselamatan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

Sebelum itu Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang juga ahli lembaga pengarah Lembaga air Pulau Pinang mengerahkan unit amal Pas diseluruh negara memberi kawalan keselamatan sepenuhnya kepada Teresa Kok kerana dikhuatiri akan ditampar oleh pihak yang ingin mendapatkan wang RM1200.00

Sehubungan dengan itu semua ahli unit amal pas dalam keadaan berjaga-jaga demi untuk menjaga harta yang tidak bernilai bagi orang Melayu iaitu Teresa Kok.

Teresa Kok sebelum ini menerbitkan satu klip video yang menyebut perkataan Malay si, klip video yang berdurasi selama 11 minit 39 saat itu turut memuatkan sindiran kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina. 

Keadaan ini telah menaikkan kemarahan beberapa NGO Islam yang bersabar sudah sekian lama sejak Teresa mempertikaikan tulisan jawi pada papan tanda jalan, mempertikaikan azan di surau dan mempertikaikan wang zakat.

Beberapa NGO Islam telah bersepakat mengadakan demonstrasi mengutuk tindakan Teresa Kok itu dengan melumur darah ayam pada 'banner' gambar Teresa Kok. Mereka juga membuat gimik kononnya menawarkan ganjaran sejumlah wang kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok.

Tawaran ini bukan sahaja mengundang kemarahan dipihak pemimpin cina Dap malah pemimpin Melayu Pas yang menjadi sahabat baik parti Dap turut melompat sambil mengecam tindakan NGO Islam itu.

Dalam kenyataannya Mat Sabu berkata "sebagai sahabat yang setia kami akan terus mengawal dan mengawasi Teresa Kok dengan menggunakan Unit Amal Pas demi keselamatan rakan seperjuangan kami".

Dengan Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.

Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.

Tetapi sejak akhir-akhir ini unit ini telah disalahguna bukan tujuan untuk ke Jalan Allah tetapi mempertahankan pemimpin yang sering menghina Agama Islam sendiri.



5 comments:

  1. Memang benar sudah terjadi seperti Sabda Nabi : Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

    “Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.”
    Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?”
    Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.”
    Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?”
    Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”
    Umat Islam yang tidak mempunyai jati diri. Hanya menjadi pak turut. Nerakalah tempatnya.

    ReplyDelete
  2. bagi yang beriman dengan Al-Quran, mengetahui dengan jelas ciri2 manusia yang berlaku sekarang

    ReplyDelete
  3. Sungai Rapat Online..anto je briged aman korg..ni jaga kdai judi haram buat ape..

    ReplyDelete
  4. Dari Anas r.a. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ‘Celakalah umatku disebabkan ulama yang buruk.’ (HR. Al-Hakim). Akan datang diakhir zaman ini seburuk-buruk manusia dikalangan kamu adalah ulama...iaitu orang yang suka mengaku ulama tapi akidah dan akhlak seperti yahudi dan majusi...

    ReplyDelete
  5. PAS buta hati. Dia peduli apa Teresa Kok hina Islam? Asal Bukan UMNO.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.