Sunday, February 9, 2014

'Pas Tuduh Kami Tidak Mewakili Melayu Dan Islam Tapi Apa yang Mereka Buat Bila Dap Hina Islam'



Kami juga ingin mengutuk sekeras-kerasnya pemimpin Islam termasuk Pas dan PKR yang mempertahankan pemimpin Dap yang dilihat semakin kurang ajar sehingga sanggup menghina Agama Islam dan bangsa Melayu, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifli Sharif

Beliau memberi respon kepada kenyataan yang diberikan oleh muslimat Pas bahawa mereka tidak mewakili orang Melayu dan Islam, bagaimana muslimat boleh berkata demikian sedangkan mereka lebih jijik daripada kami'

"Mereka mengaku memperjuangkan Agama Islam sana sini berceramah kononnya mereka membela Islam mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama membiarkan Islam khutbah Jumaat dikeji oleh pemimpin Dap,

"Bagaimana rakyat boleh terima dengan pemimpin Islam yang bersikap munafik ini apabila membiarkan rakan pakatan menghina Islam dan bangsa Melayu, katanya lagi.

Sebelum ini Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk sekeras-kerasnya tawaran terbuka RM500 yang dibuat oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina yang dikatakan menghina pemimpin Melayu dan Islam.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahamud berkata, PAS tidak mahu tajaan tampar menampar seperti itu akan menjadi budaya di dalam masyarakat pada hari ini.

Siti Mariah turut berkata bahawa dengan kelakuan seperti itu mereka tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pembela Islam, mereka telah dengan sengaja memalukan dan menghina Islam dengan bersikap demikian dalam menyatakan bantahan," 

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok telah membuat klip video berdurasi 11 minit 39 saat menyebut perkataan Malay si, itu turut memuatkan sindiran kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina. 

Teresa Kok bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dan menyifatkannya sebagai satira politik. Beberapa pemimpin Pas juga turut bersimpati dengan Teresa Kok mempertahankan perbuatan Teresa mengeluarkan video tersebut dakwa mereka bahawa Teresa hanya menceritakan kebenaran.

Beberapa pemimpin Pas membayangkan bahawa tawaran terbuka RM500 yang dibuat oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina yang dikatakan menghina pemimpin Melayu dan Islam merupakan satu jenayah yang amat berat dan terlalu zalim di abad ini.

Muslimat Pas mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan NGO Islam mengecam Teresa Kok seperti itu membuatkan mereka tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pembela Islam, mereka telah dengan sengaja memalukan dan menghina Islam dengan bersikap demikian dalam menyatakan bantahan.


Hampir keseluruhan pemimpin Dap di Malaysia telah membuat laporan Polis apabila diarahkan oleh kepimpinan tertinggi Dap sendiri. Matlamat mereka adalah bagi melahirkan rasa simpati masyarakat khususnya umat Islam terhadap pemimpin cauvinis seperti Teresa Kok.

Sementara itu Pas tetap akan mempertahankan Teresa Kok sebagai rakan dalam pakatan walau apa keadaan sekali pun daripada dikecam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka mewakili NGO Islam.

Sementara itu Zulkifli berkata "Jika ahli-ahli politik terus dengan sikap cauvinis mereka, kami akan mengadakan bantahan lain. Kami tidak takut dengan pemimpin politik yang bersikap munafik.

Penunjuk perasaan berkata, mereka bertindak bukan sahaja disebabkan klip video Tahun Baru Cina Kok bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014 tetapi penghinaan khutbah Jumaat, pengharaman azan di surau-surau dan pengharaman tulisan jawi.

Teresa seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang Melayu berdasarkan apa yang dikatakannya dalam video itu," kata Zulkifli yang mendakwa beliau menganjurkan tunjuk perasaan itu demi agama, bangsa dan negara.

"Kami tidak boleh mengharapkan pemimpin Pas untuk mempertahankan Agama Islam kerana mereka kini sudah selesa dengan kuasa yang dikongsikan bersama dengan pemimpin kafir mana mungkin mereka boleh mempertahankan Agama Islam.

"Walau apa pun yang mereka(Pas) katakan kepada kami, kami tidak kisah asalkan matlamat kami adalah lebih murni daripada mereka yang membisu dan tidak membuat apa-apa apabila pemimpin Dap menghina dan mengkeji Agama Islam.

"Kami juga tidak pernah memusuhi mana-mana bangsa terutama bangsa cina tetapi kami akan memusuhi bangsa cina yang bersifat kurang ajar, tamak haloba yang mahu mengaut harta kekayaan di tanah Melayu dengan menyingkirkan orang Melayu.

"Kami juga terpaksa berhadapan dengan pemimpin Melayu yang menjadi benteng kepada pemimpin cina yang bersifat kurang ajar kepada Agama Islam,

Jika mereka mahukan tragedi 13 Mei berlaku kami akan menghadapinya dengan kudrat yang ada", kata peserta demonstrasi lagi.

2 comments:

  1. PAS berjuang untuk politik aje bukan untuk Islam,DAP cakap semuanya dipekakkan, jadi barua lah selama nya.

    ReplyDelete
  2. Apala org pas tak sedar2 lg ni

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.