Thursday, February 20, 2014

Pemaju Naik Berang Sekat Jalan Masuk Ke Kampung Chubadak


Kerja meroboh tujuh rumah setinggan di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul di sini kecoh selepas mendapat bantahan daripada daripada penduduk kampung berkenaan.

Mereka mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berpindah dan menganggap tindakan itu dilakukan tergesa-gesa.

Anggota penguat kuasa DBKL, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis turut berada di lokasi bagi mengawal keadaan sebaik kerja meroboh bermula jam 9 pagi. 

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramlee Ahmad berkata, kali terakhir penduduk diberi notis mengenai kerja meroboh rumah itu pada Oktober tahun lalu.


“Mereka tidak menerima sebarang notis daripada pihak berkuasa untuk berbuat demikian, malah sehingga kini pihak pemaju juga tidak memberi sebarang jaminan terhadap tuntutan yang dibuat,” katanya.


Katanya, pegawai yang hadir mendakwa dia menerima arahan berbuat demikian bagaimanapun apabila diminta mengemukakan bukti mereka hanya berdiam diri. 

“Sudahlah tidak diberikan notis, cara mereka datang juga seperti kami ini penduduk setinggan yang merampas tanah orang,” katanya.


Difahamkan, mahkamah sudah memutuskan tanah berkenaan bukan lagi setinggan dan sudah menjadi milik penduduk kampung berkenaan.

Ramlee berkata, berikutan keputusan itu, pihak pemaju atau pihak lain yang ingin mendapatkan tanah berkenaan perlu membayar ganti rugi atau pampasan seperti dipersetujui antara kedua pihak.

Berikutan bantahan penduduk itu, kerja meroboh berkenaan ditangguhkan.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.

Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.

Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Penduduk hairan bagaimana pemaju begitu mudah memperolehi geran tanah tersebut sedangkan penduduk tidak mengetahui siapa yang menjual tanah ini kepada pemaju.

Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya.

5 comments:

  1. Datuk Bandar org melayu, penguatkuasa org melayu, menteri wilayah pn melayu, yg duduk setinggan pn melayu , pemaju org cina,..... kes kedua, tanah KTM di sentul yg berhampiran dgn Kg Chubadak pn begitu terlepas ke tangan YTL (Koperat Cina, yg kamcing Tun M) ... kalau lh kedua2 kes terjadi di negeri PR maka hebohlh TV3 n Utusan Meloya (3H3M) mengatakan kerajaan PR melakukan kekejaman kpd org melayu.....tapi itulh hakikatnya umporno yg dikatakan pembela melayu konon...... dimane NGO2 melayu - Pekida, Perkasa dlll ? lagi mau sokong Umporno ?

    ReplyDelete
  2. Anon kat atas ni biar betik! YTL? Itu belaan DAPig's, kalau mata sepet ni masa PRU13 kalau tak sebut IniKalilah tak sah, bab undi diaorang bersatu, Islam ni kalau solat subuh/fardu kat masjid ada tak sampai satu saf, kat surau ada beberapa kerat selagi itulah jgn mimpi nak bersatu

    ReplyDelete
  3. Ape lh lu Anony 6:16 YTL belaan DAP? camno KTM di bwh kerajaan Umporno n Kedah Cement (GLC kedah) pn boleh terlepas kpd YTL? DAP berkuasa di pusat/kedah ke? kejadian berlaku di zaman Tun M n Syed Razak MB Kedah..... Umporno ?....

    ReplyDelete
  4. Abih tu udah namanya duduk setinggan kena lah keluar bukan tanah milik kita pun.cuba ko ada tanah org buat rumah kat tanah ko takkan ko nk sengih je tgk ko pun marah jugak betul tk?yg anom2 kat atas tu smpi masuk bab2 parti politik tu apahal?ko pun setinggan ke?

    ReplyDelete
  5. Alahai jgn la gaduh2 ... aku duduk kat pejabat tanah .... selalunya yg jual tanah ni broker ...merangkap org kg tu juga ... dia dapatkan power of attorney pastu dia kumpul semua hakmilik ..benda ni dia bole dapat masa mula2 hakmilik ni nak di keluarkan ..sebab dia kononnya dilantik utk uruskan kg tu ..mcm ketua kg contohnya .... so tak kira parti apa pun kalau individu dah tamak tu.. tamak juga ..so jgn terlalu fanatik pada satu parti sahaja ..tgk gambaran yg lebih besar

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.