Tuesday, February 18, 2014

Penyanyi Dangdut Herman Tino Mahu Lawan Anwar Ibrahim Di Kajang


Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.

Beliau menyifatkan satu kewajipan bagi beliau untuk bertanding dalam keadaan pemimpin parti politik yang sedang berkempen telah menipu rakyat sehinggakan bab Agama pun dia tipu, kata Herman Tino

Beliau yang pernah mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.

Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.

"Saya akan menunggu isyarat dalam talian daripada pengundi di Kajang dalam masa 10 hari akan datang sebelum membuat keputusan muktamad. Saya mestilah mendapatkan kebenaran pengundi di sana kerana saya tinggal di tempat lain iaitu di Tanjung Karang," kata Herman.

Beliau adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana ketua umum PKR Anwar Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri.

Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan bekas peguam Anwar Yuktes Vijay.

Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.

"Saya mahu bertanding di Kajang sebagai tanda protes terhadap percubaan Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar," kata Herman, atau nama sebenarnya Masrum Tamsi.

Herman berkata, sebagai anak Selangor, beliau tidak mahu melihat negeri itu menjadi mangsa permainan politik jijik Anwar Ibrahim yang hanya boleh membawa bencana kepada rakyat Selangor.

"Sudah tiba masanya kita mengatakan tidak kepada pembulian politik seperti Anwar. Kita perlukan pemimpin yang berpandangan jauh yang membuat perancangan bagi kepentingan orang ramai, bukannya seseorang yang melakukannya untuk kepentingan politik jijik yang asyik menyerang peribadi pemimpin negara," katanya.

Herman berkata beliau menentang sebarang percubaan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya pasti ramai di Selangor berkongsi sentimen yang sama untuk menghalang Anwar, yang merupakan orang luar yang berhasrat mendapatkan jawatan menteri besar," katanya.

Jika orang Selangor sayangkan Selangor mereka wajib tolak Anwar Ibrahim yang mahu bertapak di negeri Selangor, katanya lagi.

1 comment:

  1. Mmg Admin ni HAPRAK kelas Pertama, Herman Tino yg ku kenali org nya berbudi bahasa n bkn jenis membangga diri, perkataan spt jijik o mencaci org bkn lh cara beliau, ini semua perkataan admin yg dikenali sebgi barua umporno kelas pertama yg mereka2 memburuk DSAI.... ape kah dgn cara anda berkempin in melayu akan menyokong BN/Umporno...... ape yg pasti rakyatb Selangor akan terus menolak umporno sebagaimane rakyat Kelantan.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.