Tuesday, February 11, 2014

Perlantikan Waythamoorthy Satu Kesilapan Besar, Najib Patut Pecat Siapa yang Cadang



Sudah dijangka P. Waythamoorthy akan buat hal 

Perlantikan P. Waythamoorthy ini merupakan satu kesilapan besar yang bakal membawa nanah kepada BN. Sudah terbukti, Waytha sudah dengan selamba badak melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri.

Lepaskan jawatan tidak menjadi masalah tetapi sedikit sebanyak ada kesan terhadap sokongan kaum India terhadap kerajaan BN. Sudah tentu Waytha akan mencanang kononnya kerajaan tidak pernah ikhlas membantu kaum India di Malaysia.

Sebelum ini P. 
Waythamoorthy dicadangkan dengan harapan mampu menarik sokongan kaum India terhadap kerajaan berdasarkan 'blue ocean strategy' selepas daripada tempoh pilihanraya. 

P. Waythamoorthy adalah orang yang paling layak untuk membawa sokongan kaum India kata seorang menteri kanan kerajaan BN.

Menurut Menteri Kanan tersebut penyiasatan secara terperinci telah dilakukan terhadap Waytha dan HINDRAF dan 'comfirm' inilah strategi paling padu dalam membawa masyarakat India kekal dengan BN dalam abad ini.

Menteri tersebut juga kononnya memang master bab 'blue ocean strategy' ini berjanji untuk melakukan pemantauan berkala kepada HINDRAF dan sekaligus meletakkan HINDRAF setara dengan MIC (bagi tujuan back up jika MIC gagal menawan kembali pemikiran masyarakat India di Malaysia).

Sekarang apa sudah jadi?

P. 
Waythamoorthy senyap. HINDRAF sudah mula naik angin. Menteri terbabit pula hanya buat muka seolah-olah tidak bersalah dan tidak mahu mengaku kesilapan dan kesalahan.

Imej yang jahanam adalah imej Perdana Menteri dan BN. Menteri terbabit boleh cuci tangan. Konon segalanya tidak menjadi seperti dirancang. Senang sahaja dia selesai masalah.

Apa yang susah sangat nak jaga hati Waytha dan HINDRAF ini?

Jika mahu bawa masuk Hidraf sekalipun tidak perlulah sampai menandatangani memorandum antara kerajaan dan Hindraf

Apa yang terkandung dalam memorandum yang telah ditandatangan oleh kerajaan?

- Kerajaan janji nak jaga kepentingan semua masyarakat bekas pekerja estet di seluruh negara.

- Anak-anak bekas pekerja estet mesti diberikan pendidikan dan peluang pekerjaan.

- 7.5 % kakitangan awam WAJIB dianggotai masyarakat India

- Dana RM25juta setiap tahun untuk membantu masyarakat India perlu diberikan kepada Hindraf

- Perumahan untuk bekas masyarakat estet mesti dibina di seluruh negara

Tidak menjadi kesalahan bagi HINDRAF untuk tuntut janji? Tapi kena perlu beria-ia suruh Perdana Menteri tandatangani blueprint yang bukan senang nak dilaksanakan. RM25 juta bolehlah diuruskan oleh kerajaan, tapi bagaimana janji yang lain-lainnya?

Strategi memilih P. 
Waythamoorthy adalah satu kesilapan yang cukup besar tidak wajar dilakukan lagi. Ini strategi makan Tuan. Orang yang cadang…senyum dan relaks sahaja. Ini naya punya kes.

Baca Seterusnya disini

2 comments:

  1. Tu lh kesilapan najib dgn pelantikan mamat ni dia ingat org hindraf akan sokong Umporno.... mmg politik najib terdesak n terlampau terdesak cuma melayu menteliti subsidi n berjiwa hamba n senang digula2kan aje masih menyanjung umporno.... 1 perkara yg macai2 umporno kena tau ' tiada yg kekal dlm dunia ni'.... Soviet Union yg 1 ketika dulu gagah dgn tentera/teknologi pn ditolak rakyat nya.... ape lh sgt Umporno...?????????????

    ReplyDelete
  2. Najib lemah. Diburukkan lagi dgn dikelilingi "penasihat2" rebus separuh empuk dan yg sibuk mengisi tembolok.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.