Saturday, February 15, 2014

Profesional Cina Mahu Teresa Kok dan Pelakon Dalam Video Onederful Malaysia Mohon Maaf

Pelatih Korporat, Phoenix Low Kai Lay; Pengamal Pendidikan, Loh Wei Jing;
Pakar psikilogi, Dr. Wong Kok Fye; Peguam, Ryan Ng Chun Yie dan
Aktivis Masyarakat, Alex Lee Keat Woon.
Sekumpulan lima individu yang mengelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Profesional Cina tampil membantah dan menyelar video kontroversi terbitan Ahli Parlimen daripada DAP, Teresa Kok.

Satu sidang akhbar telah diadakan oleh kumpulan tersebut berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor.

Antara lain, mereka berkata, apa yang dilakukan oleh Teresa Kok dalam video Onederful Malaysia dengan menghina orang lain bukanlah budaya kaum Cina. Kami tidak tahu budaya apa yang dibawa oleh Teresa dalam video itu.

Mereka mendakwa video berkenaan tidak menepati semangat Tahun Baharu Cina dan tidak sepatutnya dihasilkan semasa kaum Cina meraikan perayaan berkenaan.


Video yang dihasilkan itu juga didakwa mengandungi elemen keganasan yang boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk menghina dan mentertawakan golongan transeksual.

Kumpulan Golongan Profesional Cina ini bimbang dengan tanggapan kaum lain kononnya apa yang dilakukan oleh Teresa ini dipersetujui oleh keseluruhan kaum Cina.


Mereka mendesak agar Teresa dan pelakon mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf kepada masyarakat Malaysia.

Teresa Kok sebelum ini menerbitkan satu klip video yang menyebut perkataan Malay si, klip video yang berdurasi selama 11 minit 39 saat itu turut memuatkan sindiran kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina.

Sumber


2 comments:

  1. Dah namanya bangsa Cina.. Masih nak percaya dgn golongan cina pro ni? Kalau bukan menipu tu bukan cina! Kalau nak sokong kerajaan tu mesti ada sesuatu yg mereka mahu! Patutnya orang melayu dah lama tahu perkara ni!

    ReplyDelete
  2. Tapi dlm ape segi pn n realitinya melayu selalu kena tipu cina......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.