Saturday, February 1, 2014

Rafizi tahu Ada Cubaan Jatuhkan Najib Melalui Pemimpin Umno Bekas Anak Didik Anwar Ibrahim


Menurut portal pro-pembangkang Malaysian Insider, Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk membuat rundingan pendamaian antara kerajaan dengan parti pembangkang adalah sebagai penyelamat bagi 'puak-puak' yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu.  

Kenyataan ini sengaja dibuat oleh Rafizi bagi mengingatkan bahawa kedudukan Dato Seri Mohd Najib sebenarnya dalam bahaya kerana beliau dikelilingi oleh pemimpin umno yang merupakan bekas anak didik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bila-bila masa sahaja Anwar Ibrahim boleh menggunakan mereka ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Apatahlagi kedudukan anak didiknya ditahap yang agak tinggi dalam umno.

Sebelum ini Anwar Ibrahim telah menawarkan sebanyak dua kali cadangan untuk mewujudkan konsensus nasional dengan kerajaan Barisan Nasional. 

Tetapi tawaran itu tidak dijawab oleh mana-mana pemimpin umno kecuali Ahmad Zahid dalam kenyataan awalnya menyambut baik gesaan konsensus nasional tersebut kerana menurutnya ia adalah langkah proaktif yang harus diterima semua pihak.

"Saya memandang cadangan daripada ucapan penasihat PKR itu dalam persidangan Pemuda PKR merupakan satu langkah yang proaktif yang harus diterima baik oleh Umno dan pemimpin BN,” kata Zahid Hamidi.

PKR memuji sikap terbuka yang ditunjukkan oleh Zahid sebagai Naib Presiden Umno yang begitu cepat memberi respon mengenai tawaran daripada Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsu Adabi Mamat menasihatkan kerajaan BN supaya lebih berhati-hati dengan tawaran konsensus tersebut, dikhuatiri ia sekadar helah politik pembangkang.

Menurutnya, keikhlasan pembangkang itu boleh dipertikaikan kerana selama ini banyak usaha kerajaan dimanipulasikan sekali gus boleh memerangkap BN yang dilihat gagal menangani isu negara.

"Ia akan memperlihatkan kelemahan BN, kalau cadangan itu ikhlas, ia sangat baik, tetapi kalau cadangan itu ada udang di sebalik mi, BN akan sekali lagi akan dispekulasikan sebagai parti yang gagal menyelesaikan isu sehingga pembangkang yang mengemukakan jalan penyelesaiannya," katanya.


Sekarang sudah tiba masanya Rafizi dan rakan-rakannya cuba memburuk-burukkan umno kononnya penerimaan tawaran daripada pakatan pembangkang demi menyelamatkan kedudukan Datuk Seri Najib sendiri.

1 comment:

  1. Siapa lagi kalau bukan Mentri Tin Kosong ZAHID HAMIDI.

    Dah lama nampak game nya. Jangan percaya manusia ni. cita2 besar, hipokrit, kuat bermuka2, kuat take advantange. KAki kipas.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.