Saturday, February 1, 2014

Rosmah Mansor Merupakan 'Tangan Ghaib' Yang Memastikan Kejayaan Bawa Balik Anak Pasangan Malaysia




Empat beradik anak kepada pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden, selamat tiba ke tanah air dari Stockholm pukul 7.04 pagi ini.

Empat beradik itu iaitu Aishah Azizul Raheem, 14; Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan mereka diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan seorang saudara keluarga itu.

Aishah ketika ditemui gembira dapat pulang ke Malaysia, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kami gembira dapat balik ke sini," katanya.

Ditanya lanjut tempat yang akan dituju selepas ini, Aishah juga tidak pasti.


Pada 18 Disember lepas, Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden kerana disyaki merotan anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa terus  ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur .

Ramai yang tidak tahu sebenarnya ada tangan ghaib yang memastikan kejayaan membawa balik kanak-kanak dari Sweden ke Malaysia.

5 comments:

  1. Tak apa, kita tunggu PAU akan datang dan Pak Najib akan ishtiharkan tangan ghaib tu! Sementara tu bolehlah yang empunya tangan ghaib tu terus buat perkara perkara yg kontoversi sementara pak Najib membelanya kemudian.

    ReplyDelete
  2. Apa perkara yang kontroversinya. Sila terangkan satu persatu supaya jelas. Boeh?

    ReplyDelete
  3. Ini semua 'Cakap Dego" yg dicanang admin utk menaikan imej kak Ro$ n PM je.....dasar pembodek mungkin sebelum PRU13 dulu pengundi sg rapat percaya le tapi bkn semasa PRU13...... mrk dh cerodek yub.....

    ReplyDelete
  4. Ya ka yub? Aku tak percayalah....

    ReplyDelete
  5. Aku tak percayalah Yub 10.53 tu. Cakap kosong aje

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.