Tuesday, February 4, 2014

Sah Adun PKR Hutan Melintang Keluar Parti Serta Merta Sebab Benci Dengan Tindakan Anwar


Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan khabarnya telah mengutus surat kepada Speaker Dewan memaklumkan yang dia mengambil keputusan untuk mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta.

Beliau melakukan sedemikian disebabkan rasa tidak puashati dengan ketua umum Anwar Ibrahim yang bertindak membuat keputusan tanpa memikirkan ahli parti yang lain. 

Mereka juga diarah tutup mulut agar tidak mempertikaikan keputusan ketua umum itu.

Sepucuk surat bagi memaklumkan tindakannya ditandatangan bertarikh 2 Feb 2014. Alasan yang diberikannya ialah tiada lagi kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti itu.

Salinan surat tersebut yang diterima oleh pejabat Speaker pada Selasa, 4 Februari kini tersebar di dalam alam maya.


Surat yang didakwa dihantar oleh S. Kesavan kepada Speaker DUN Perak bagi memaklumkan mengenai keputusannya keluar PKR dan kini menjadi Adun Bebas.

Bagaimanapun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan berita berkenaan dengan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

"Perkara ini tidak benar...saya sahkan berita ini palsu.

"Beliau belum keluar PKR, beliau masih setia bersama kita," katanya

2 comments:

  1. Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan adalah satu contoh wakil raayat yang bijak dan bertanggungjawap.. Beliau sedar dan tidak mahu digunakan oleh mereka yang gila kuasa dengan memperbodohkan raayat...Satu tabik hormat untuk kaum India...tidak seperti Adun pkr Dun Kajang Lee Chin Cheh yang tidak bertanggungjawap kepada pengundi beliau... atas kebodohannya melepaskan jawatan yang telah diamanahkan oleh pengundi beliau untuk orang yang gila kuasa....kebodohan beliau memalukan orang china....

    ReplyDelete
  2. 4 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S. Kesavan menafikan telah menghantar surat pengisytiharan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri S.K. Devamany...Inilah kebijakan kaum india memutarbelitkan kenyataan...Lidah bercabang ini lebih bahaya dari ular..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.