Friday, February 7, 2014

'Saya Akan Dedahkan Penyelewengan Azmin Dalam PKNS' - Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandang serius dakwaan yang diterima bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali terlibat dalam pengambilan pekerja kontrak di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan mendedahkan kepada umum segala hasil siasatan yang mengaitkan Mohamed Azmin Ali yang juga bekas ahli lembaga pengarah PKNS yang dipecat olehnya sebelum ini.

"Jika benar Azmin terlibat dalam membawa masuk orangnya kedalam PKNS, kita akan dedahkan penyelewengan itu.

"Walaupun hal berkaitan PKNS adalah sulit, tapi saya boleh beri arahan supaya kertas-kertas sulit berkaitan (jika ada) supaya didedahkan kepada umum," kata Khalid Ibrahim

Azmin Ali dikatakan terlibat dalam membawa masuk pekerja ke dalam PHSB tanpa pengetahuan pengerusi PKNS Khalid Ibrahim dan ahli lembaga pengarah Teresa Kok dan ditawarkan dengan gaji yang tinggi.

Ini membangkitkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin Dap Selangor dan pemimpin pro-Khalid Ibrahim.

Malah pelantikan pekerja kontrak juga menyebabkan berlakunya pertindihan tugas dengan kakitangan tetap sedia ada.

Selasa lalu PHSB memecat 23 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat penamatan kontrak itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Mengulas lanjut Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS berkata, beliau boleh mencadangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menjalankan sesi pendengaran awam menyiasat pelbagai dakwaan dan spekulasi termasuk yang mengaitkan Mohamed Azmin.

4 comments:

  1. Belum memerintah negara dah kucar kacir? Apa ke jadahnya memangkah PR ni!

    ReplyDelete
  2. Memang masyarakat umum telah mengetahui iaitu kabanyakkan yang berada didalam PKR adalah terdiri daripada penyangak... penipu...pembelit dan kaki porno... dan akhirnya mereka bersama mereka makan sesama sendiri...sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku ketidak setabilan di Selangor...bagaimana agaknya kalau memerintah Malaysia..sudah pasti akan hancur...

    ReplyDelete
  3. staf pkns yg terlibat tu semua melayu ke?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.