Monday, February 17, 2014

"Saya Berjanji Jika Saya Menang Saya Akan Kembangkan Islam Di Kajang"


Hari ini Anwar Ibrahim mengejutkan semua pihak apabila membuat kenyataan dihadapan penyokongnya yang majoriti berbangsa Melayu bahawa beliau akan mengimarahkan Surau dan Masjid jika mereka memilih beliau sebagai Adun Kajang pada 23 Mac depan.

Menurut lidah rasmi pembangkang Malaysiakini Anwar mahu orang Islam tidak dihina dan dicaci oleh golongan yang tidak bertanggung jawab.

Anwar Ibrahim juga mengaku bahawa dirinya adalah orang Islam dan mengutuk media sosial yang dikatakan pro-umno memuat turun gambarnya memeberi ucapan dalam gereja.

Beliau juga akui menghadapi tekanan kuat daripada penyokongnya yang beragama Islam yang menuduhnya sebagai keterlaluan dalam berkempen. 

Justeru itu, ceramah Anwar jika di hadapan orang-orang Melayu beliau berjanji akan mengimarahkan surau dan masjid, mengembangkan Islam merupakan satu penipuan semata-mata sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa.

Dengan berceramah di gereja pula Anwar menonjolkan sikap keterbukaannya demi untuk menyenangkan hati penganut Kristian, orang-orang bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal supaya mereka yakin yang Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.


Depan kaum India pula di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak  beliau sanggup menyembah dan dicalit kum-kum di dahi dan beliau tahu bahawa perbuatan yang haram di sisi Islam.

Menjadi kebiasaan padanya dan 'perkakasnya' mengatakan setiap media sosial yang mengutuk perbuatannya adalah pro Umno. Malah bukan itu sahaja mereka sanggup meng'edit' gambarnya kononnya media sosial yang dikatakan pro-umno memfitnah.

Sudah lama beliau berjaya kencingkan rakyat Malaysia tetapi malangnya ada lagi rakyat Malaysia yang masih percaya dengan apa yang dikencingkannya




5 comments:

  1. Peliwat mmg kija dia menipu 24jam sari...

    ReplyDelete
  2. Yang paling menghairankan ada lagi yang pecacai bengong percayakan makhluk sekor ni

    ReplyDelete
  3. Tapi ngape pemimpin Umporno terutama Tun M ketak, takut n tak senang duduk bila DSAI jadi calon PRK Kajang? kalau ye rakyat tak suka beliau ngape Umporno susahati pasti dia kalah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kau rela DSAI jadi pemimpin dunia akhirat kau?

      Delete
    2. Yang anwar takut pada komen Dr M tu , apa hal?.

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.