Tuesday, February 18, 2014

Syed Ahmad Wajar Dikenakan Tindakan Jika Tidak Ramai Lagi Rakyat Malaysia Akan Memfitnah


Kelam kabut dibuatnya apabila seorang yang menggelar dirinya sebagai pejuang Islam memfitnah syarikat Air Asia kononnya sebuah pesawat syarikat penerbangan Air Asia dikatakan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di dalam kawasan Putrajaya(gambar di atas).

Pihak keselamatan Air Asia mengambil tanggung jawab setelah diberitahu tentang hal ini dengan menyediakan pelbagai kelengkapan untuk menyelamatkan mangsa.

Dalam masa yang sama pihak Air Asia turut memeriksa semua penerbangan dan laporan daripada menara tinjau MAB untuk memastikan apakah benar twiteer tersebut maklumlah bukan orang biasa yang tulis twiteer seorang wakil rakyat dan seorang pemimpin parti yang memperjuangkan Islam.

Pemeriksaan lanjut mendapati tweet dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui twitter beliau @syedazman adalah satu fitnah yang cukup jijik dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.

“Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas beberapa minit lepas di KLIA dalam kawasan Putrajaya,” menurut tweet berkenaan.

Selepas diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ia ternyata hanya sebuah berita palsu dan tiada pesawat yang terhempas di KLIA.

Apakah tindakan yang sepatutnya diambil keats seorang pemfitnah ini yang dia sendiri tahu fitnah adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang malah Agama Islam pun melarang umat Islam memfitnah.

Jika tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap wakil rakyat ini akan ada lagi fitnah lain mengenai keselamatan akan timbul.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.