Sunday, February 16, 2014

Tawaran Tampar Teresa Kok : NGO Islam Bersedia Hadapi Kemungkinan


Gabungan NGO Melayu dan Islam bertegas akan membayar RM1,200 kepada mana-mana pihak yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok malah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan perundangan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB), Zulkifly Sharif berkata, tawaran itu adalah bagi memberi amaran dan pengajaran kepada Teresa Kok dan mana-mana pihak pelampau politik supaya tidak lagi berani membuat sebarang bentuk provokasi dalam negara.

"Ya, kita akan bagi (ganjaran). Kita bertegas akan bagi tetapi dengan bukti nyata (gambar atau video). Insyallah kita sedia berhadapan dengan mahkamah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Antara NGO yang hadir selain PERKIB, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Angkatan Perpaduan Islam (API) dan Pertubuhan Pengguna Islam (PPIM).

Sementara itu, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan tawaran menampar Teresa Kok berhubung isu video kontroversinya bukan satu jenayah selagi belum terlaksana malah disifatkan sebagai manifestasi terhadap provokasi.

Tambahnya, tawaran yang dibuat merupakan simbolik kepada kemarahan NGO Melayu dan Islam terhadap Teresa dan pelampau politik.

Ketika ditanya mengenai langkah atau kaedah lain selain membuat laporan polis, demonstrasi, gimik penyembelihan ayam dan tawaran menampar, Zulkifly bagaimanapun berpendapat ia masih dalam penelitian.

"Kita anggap ia sebagai amaran dan simbolik kepada pihak cauvinist dan pelampau. Kita sedang fikir bagaimana nak ajar puak-puak ini, bukan nak cetus huru-hara tetapi hanya sebagai peringatan untuk mengajar," tegas beliau.

Zulkifly yang menonton klip video berjudul 'Onederful' Malaysia CNY 2014 telah menerima terjemahan dari beberapa rakan yang fasih berbahasa Mandarin.

Ianya disusuli dengan tawaran kepada orang ramai untuk menampar Teresa Kok dibuat sebagai tanda kepada kemarahan masyarakat Melayu.

Namun demikian, beliau bersama 3 rakan lain telah dipanggil polis untuk memberi keterangan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung perkara itu.

"Mereka (polis) tanya kami kenapa tawaran (menampar) itu dibuat," ujarnya dengan mengatakan ia sekadar mahu menjaga perpaduan dan keharmonian negara.

Dalam masa sama, beliau dan rakan-rakan dalam gabungan NGO itu bersedia untuk menarik balik tawaran yang dibuat sekiranya terdapat campurtangan pucuk pimpinan pemerintah termasuk dalam soal konsesi nasional sebagaimana yang diucap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita harap Perdana Menteri selaku pucuk pimpinan dapat membuat sesuatu, supaya tiada unsur provokasi di peringkat nasional. Dulu ada rukun tetangga dan perpaduan namun ia dipandang remeh sehingga ia tidak diambil berat. Kita tengok dulu bentuk campurtangan yang macam mana, kita akan pertimbangkan (tarik balik tawaran) jika membawa keuntungan kepada semua pihak," katanya.

Sebelum ini, gabungan NGO tersebut menawarkan ganjaran RM500 kepada mana-mana pihak yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh berserta dengan gambar. Bagaimanapun jumlah itu dinaikkan kepada RM1,200.

Kewujudan klip video berjudul 'Onederful' Malaysia CNY 2014 yang dikeluarkan oleh saluran bernama DAP Seputeh mula mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak termasuk kaum Melayu dan masyarakat Cina sendiri kerana mengundang perpecahan kaum.

Malah setakat minggu ini lebih 300 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Teresa Kok berhubung perkara itu. Selain menggesa permohonan maaf secara terbuka, tindakan undang-undang termasuk menggunakan akta hasutan juga disarankan supaya dapat dikenakan kepada Teresa Kok dan pelampau politik lain

Sebelum itu Pas mengerahkan semua unit amalnya supaya berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan Teresa Kok. Pas menganggap NGO Islam mahu bunuh Teresa Kok.

2 comments:

  1. Kpd NGOs tersebut lebih baik hangpa berkempin suruh org melayu boikot peniaga cina lagi bagus tapi kalau hangpa n keluarga sendiri tak leh lakukan ! lebih baik gubal aje gerakan hangpa tu, 1 lagi kalau ade saudara2, anak2 hangpa yg bermajikan taukeh cina suruh depan beralih majikan ke majikan melayu, boleh hangpa lakukan? kalau boleh tu baru betoi2 semangat NGO Islam/Melayu...... kami rakyat Malaysia sokong 100%....... tak mampu kalu jgn nk tunjuk Jaguh....

    ReplyDelete
  2. Teresa kata ini hanya gurauan. Selagi tak kena penampor maknanya masih gurauan.
    Dah kena penampor baru boleh ambil tindakan

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.