Saturday, February 8, 2014

Terkini: Sah Taib Mahmud Letak Jawatan


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sah meletak jawatan. Beliau bakal mengumumkan penggantinya dalam masa terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas bagi menentukan pengganti.

Bagaimanapun MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib dalam mesyuarat hampir lima jam itu.


"MKT parti juga setuju lantik Tan Sri Abdul Taib jadi Yang di Pertua Negeri atas jasanya kepada negeri", kata Pengerusi Tetap parti.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.