Saturday, February 22, 2014

Tiga Lagi Mangsa Lemas DiTemui Selepas Azan Zohor Berkumandang


Tiga lagi mayat berjaya ditemui pada kira-kira jam 2.45 petang tadi menjadikan semua lapan mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini dijumpai.

Tiga mayat itu ialah Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izoan Hakimis Amin, 13 dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, ditemui serentak pada kira-kira jam 2.45 petang, 20 meter daripada mayat kelima.

Terdahulu, sebaik saja azan Zohor dilaungkan di lokasi tragedi lemas, mayat mangsa keempat, Mohd Nazreen Zainal, 14, berjaya ditemui kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.

Mayat kelima, Mohd Syafiq Md Shukor, 16, timbul jam 2.06 petang, kira-kira 10 meter daripada mayat Mohd Nazreen.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.