Thursday, February 13, 2014

Zahid Hamidi Kata Anwar Gelojoh Dalam Semua Hal Termasuk Berkempen Di Kajang


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sebagai 'gelojoh' dalam semua hal termasuk berkempen sebelum tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Kalau kita pernah menjadi pembuat undang-undang di Dewan Rakyat, sepatutnya dia patuhi undang-undang dan menjadi contoh yang terbaik, bukannya bersifat gelojoh tak kena tempat" kata Zahid 


Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai tindakan Anwar yang sudah mula berkempen bagi pilihan raya kecil DUN Kajang walaupun pemilihan hanya akan berlangsung bulan depan.

Anwar sebelum ini dilapor berkata beliau akan bertanding di kerusi DUN itu yang dikosongkan oleh wakil PKR, Lee Chin Chen pada 27 Januari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac.

Undang-undang pilihan raya memperuntukkan seseorang calon yang bertanding hanya dibenar berkempen selepas proses penamaan calon selesai tetapi Anwar Ibrahim tidak memperdulikan peraturan itu demi untuk masa depan politiknya.

Anwar Ibrahim juga telah membuat janji kepada beberapa pemimpin Pas yang dilihat tidak menyokong beliau dengan menawarkan beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri Selangor termasuk bekas menteri besar Selangor Muhammad Taib.

Dengan syarat Pas mesti bekerja keras bagi memenangi beliau dalam prk Dun Kajang nanti.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.