Thursday, March 6, 2014

Anwar Akan Failkan Permohonan Tukar Hakim Pula


Rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah bermula.

Anwar baru sahaja tiba bersama isterinya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ibrahim dikatakan akan memfailkan permohonan bagi menukarkan hakim pula.

Ruang mahkamah penuh dengan penyokong Anwar dan pemerhati luar.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba awal pagi sementara peguam, Karpal Singh baru sahaja tiba.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan pihak pendakwa ialah Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Anwar melalui peguam-peguamnya, Karpal Singh dan R. Sivarasa memohon penangguhan pendengaran rayuan itu hari ini selepas memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Isnin lalu yang menolak permohonan kali ketiganya untuk menyingkirkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Pendengaran permohonan ad hoc itu dibuat selepas Karpal menemui Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria di kamar hakim pada petang ini.

Alasan yang diberikan ialah panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi telah mengeluarkan penghakiman penuh berhubung keputusan yang dibuat pada 3 Mac lalu.

Selain itu, panel tersebut turut menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu atas alasan tiada sebarang keadaan istimewa yang membolehkan rayuan itu ditangguhkan walaupun pihak pembelaan ingin merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan tersebut.

Mahkamah tersebut juga menyatakan terdapat elemen yang menunjukkan permohonan ketiga untuk menyingkirkan Muhammad Shafee dibuat atas tujuan melengah-lengahkan rayuan pihak pendakwaan yang pada ketika ini bergerak begitu perlahan seperti siput ekoran tiada sebarang perkembangan sejak Julai 2013.

Dua percubaan Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya sebelum ini telah ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pendengaran rayuan itu pula sebelum ini telah tertangguh sebanyak tiga kali.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan kes liwat itu tertangguh sebanyak 69 kali.

4 comments:

  1. Pukimak punya Anwar.

    ReplyDelete
  2. Berani kerana benar, TAKUT kerana salah.........

    ReplyDelete
  3. Taktiknya sungguh licik.Tangguh punya tangguh,biar semua barisan peguam & pendakwa yg hebat2 mati,tinggal dia dgn Karpal Singh saja tongkat langit...Barangkali dia sdh lupa,Allah maha mendengar dan melihat..

    ReplyDelete
  4. Justice delay justice dinied.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.