Saturday, March 8, 2014

Anwar Mengistiharkan Reformasi 2.0 Pertahan Dirinya


Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan bermulanya gerakan protes yang diberi nama Reformasi 2.0 untuk menyatakan bantahan terhadap sabitan tuduhan meliwat dan hukuman penjarake atas pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali membuat pengumuman itu dalam satu rapat umum di Kajang beberapa jam selepas Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lalu yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Azmin, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan memutuskan bentuk protes berkenaan termasuk kemungkinan untuk "turun ke jalan raya".

Katanya, walaupun Pakatan Rakyat meraih 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum yang lalu, Barisan Nasional masih lagi berkuasa dan beliau membayangkan kerajaan boleh dijatuhkan dengan protes jalanan.

"Adakah kita hanya hendak bertanding dalam pilihan raya atau kita akan turun ke jalan raya? " tanya Azmin kepada hadirin seperti dipetik olehMalaysiakini.

"Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?"



Sementara itu Tweet terbaru TS Khalid menunjukkan beliau seorang yang profesional, rasional dan tidak emosional. Memang sewajarnya beliau layak mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas sikapnya ini.

Terimalah ketentuan dari Ilahi ini. Wahai Anwar, usahlah kau mengajak rakyat utk melakukan perbuatan yg menghuru harakan negara. Negara kita ada undang2. Anwar juga telah diberi layanan penghakiman undang2 yg paling istimewa dlm sejarah utk diadili.

Pasrah dan redhalah. Pemimpin silih berganti. Pakatan mempunyai ramai pemimpin muda yg berkarisma.


Bila hakim Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dalam kes meliwat Saiful para juak2nya dan dia juga memuji hakim yang kononnya bijaksana. Sekarang dia berkata "secara terang-terangan keputusan ini tidak mngambil kira fakta dan undang-undang......" 

MasyaAllah! Apakah tiga hakim Mahkamah Rayuan itu kurang bijaksana dan jahil undang2 dari hakim Mahkamah Tinggi? Orang bodoh pun tak sebodoh ini membuat kenyataan. Tanya pada Anwar mengapakah dia tidak mahu Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah menjadi Ketua pendakwanya? 

Apakah perbuatannya itu menurut undang-undang atau kerana takut mnghadapi seorang peguam yang lebih bijaksana dari Karpal Singh? Dia mempunyai barisan peguam India yang kononnya hebat-hebat belaka. Pelek bin lucu panel peguam India ini nampaknya kecut perut menghadapi Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah! 

Akhirnya Anwar masuk ke dalam dan peguam-peguam India entah berapa juta mereka dapat selama enam tahun menjunjung kes liwat ini. Apakah tidak mungkin peguam2nya berpakat sama sendiri untuk menunda kesnya untuk meraih keuntungan dari bala yang menimpa Anwar? Dia patut bersyukur hanya kena lima tahun penjara. Selama enam tahun kesnya ditunda-tunda hingga menimbulkan kebencian rakyat. 

Sepanjang pengetahuan kita tak pernah kes liwat mengambil masa sampai enam tahun untuk diputuskan. Mudah-mudahan dalam penjara nanti Anwar kembali ke pangkal jalan. Ini ketentuan Allah dan Anwar mesti terima sebagai hambaNya.



Pengalaman seorang pelajar menghadapi Refomasi pada tahun 1998

Semasa tahun 1998 sewaktu sabitan kes liwat pertama ke atas Anwar, saya masih seorang mahasiswa di Universiti. Dalam keadaan tidak ada ilmu dan berbekalkan semangat membuta semata2, saya menangisi keputusan hakim tersebut dan berjaya menghasut begitu ramai kawan2 saya yg neutral atau pro-UMNO ketika itu utk menyokong Pakatan Rakyat. 

Hanya ucapan berapi2 disulami emosi serta baja kebencian terhadap Dr Mahathir memadai pada ketika itu utk convert kawan2 saya menyokong Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) pada ketika itu.

Ironinya, kini pada tahun 2014, dalam keadaan saya sedar, insaf dan berilmu akan kebejatan Anwar serta mudaratnya kepada negara, saya masih gagal utk mengubah rakan2 saya yg telah bertukar menjadi pro-PR hasil dari 'tarbiyah' saya. Segala hujah dari segi forensik tidak diendahkan dan semuanya ditolak mentah2 sbg konspirasi UMNO.

Ketahuilah, tidak ada konspirasi. Dia (Anwar) memang bersalah atas pertuduhan yg dikenakan berdasarkan bukti forensik dan saya bersyukur dgn keputusan hakim tersebut.

Saya bersyukur dgn keputusan ini spt mana para ulama salafusoleh macam Umar Abdul Aziz yg sujud syukur dgn kematian Hajjaj. Actually, Hajjaj baik lagi dari abg non sebab dia x meliwat....Nabi tak ngaku umat wey.....

Saya tak kisah sahabat2 kekal menyokong pembangkang dan mengatakan saya tersilap memilih kem. Saya sedar dalam kehidupan ini, banyak juga kesilapan yg pernah sy lakukan dalam keadaan sedar atau tidak kerana manusia mmg tidak maksum dari melakukan kesilapan. Tetapi menolak Anwar Ibrahim dan mempercayai dia kaki liwat, bukan salah satu daripadanya.

2 comments:

  1. Apalah saja......,
    1. Berdegar2 memekik2 mengenai keadilan, integriti dan undang2. Apabila undang2 dilaksanakan, sentiasa menafikan dan menunjuk kearah lain...?
    2. Berdegar2 & memekik2 menuduh2 sana & sini, apabila dibuktikan tidak benar... senyap menyepi dan menjerat perkara yang lain pula...?
    3. Berdegar2 & memekik2 seperti teraniaya & konspirasi ke atas rakyat? atau benak perut sendiri?
    4. Berdegar2 & memekik2 mencarut tetapi katanya dia lah yang membawa hemah & keamanan...
    5. Apalah saja... seluruh negara inginkan kucar kacir? Kerana apa? Kesalahan seksual yg dilakukan oleh seorang individu? Dijerit pekik seluruh alam..... sebagai Reformasi 2.0 wahhh megah dan hebat?
    6. Katakan siapa yg perlu bereformasi? Kenapalah saya perlu terlibat sama? Atau AWAK SAHAJA lahh...

    ReplyDelete
  2. Dia pernah pergunakan timbalan pendakwa Dato mohd yusuf mengikut telunjuknya sehingga menang mudah kes liwat yg lalu

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.