Thursday, March 6, 2014

Anwar Perlu Didapati Bersalah Meliwat Saiful Kerana Bukti Kukuh


Anwar Ibrahim perlu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh, Mahkamah Rayuan diberitahu Khamis.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh itu, mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.

Beliau berkata ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas.

Muhammad Shafee berkata Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk ‘bersembunyi’ di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta timbalan pendakwa raya.

“Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi,” katanya sambil menambah hakim yang mendengar perbicaraan kes itu tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh.

Pada Rabu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada mewakili pasukan pendakwaan sekaligus membolehkan kes terhadap Anwar selama dua hari bermula Khamis.

Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Manakala Shafee turut dibantu Noorin Badaruddin dan Mohd Hanafiah Zakria.

Pasukan pembelaan Anwar diketuai Karpal Singh, Ram Karpal, Sangeet Kaur Deo, Jeremy inesh Anthony dan Zaleha al Haya.

Pada 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas Mohd Saiful pada 2008.

1 comment:

  1. sudah dijangka. memang umno rancang.
    umno malukan melayu n islam.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.