Tuesday, March 18, 2014

Anwar Tak Ingat Rupa Zaharie Tapi Mengaku Pernah Jumpa


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya tapi tidak ingat rupa sebenar Kapten Zaharie

"Saya tidak menafikan bahawa Zaharie mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengan Kapten Zaharie beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini," katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen. 

Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar pembangkang dab beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali dalam majlis parti. 

"Saya bukan jenis yang menyembunyikan diri daripada bertemu dengan orang ramai, Saya pernah bertemunya sekali dua tetapi tidak ingat berapa kali sebenarnya," tambah beliau. 

Anwar selain itu turut mengecam blogger yang didakwanya pro-Umno kerana dikatakan cuba mencemari reputasi Kapten Zaharie kerana pada pengalaman beliau dengan Zaharie juruterbang itu seorang yang baik dan memperjuangkan keadilan. 

Sebelum ini, Anwar dipetik oleh Akhbar South China Morning Post sebagai berkata " Saya tidak ingat nama ( Zaharie ), tetapi apabila gambarnya ditunjukkan, saya teringat pernah melihat dia dalam mesyuarat parti." 

Katanya, tiada hubungan peribadi antara dirinya dengan Zaharie tetapi juruterbang terbabit merupakan salah seorang daripada pengikut Tweeternya. Satu laporan Daily Mail pula pada Ahad telah mengaitkan Zaharie dengan penasihat PKR itu.

Sebelum ini Anwar Ibrahim bermati-matian berkata beliau tidak pernah berjumpa dengan Kapten Zaharie apatah lagi mengenalinya tetapi hari ini Anwar Ibrahim mengaku mengenali Zaharie secara dekat hingga tahu Zaharie memperjuangkan dalam parti keadilan bersamanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.