Saturday, March 15, 2014

Apakah Ini Pulau Andaman Yang Dimaksudkan Oleh PDRM?


Sudah 170 jam berlalu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu. Spekulasi yang dibuat oleh rakyat Malaysia wajar dihormati kerana sebagai manusia mereka juga rasa bertanggungjawab dalam pencarian ini. Samada spekulasi itu diterima atau tidak terpulang kepada pihak yang berkenaan.

Terkini pada jam 1.20 
15 Mac 2014 satu andaian telah dibuat mengatakan bahawa pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan denganlongitudedanlatitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.

11 comments:

  1. Bah. Pertama:

    Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis termasuk sistem Satellite NSA dan NASA, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ (kononnya) kampung kat pendalaman dan kwsn. pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!

    Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu MAS terhempas di Lautan Hindi?!) dan kenapa tak mengesahkan dahulu hal ini dgn. K’jaan kita! Maka bukti MAS dihijack di Diego Garcia ini mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

    Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/, Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )!

    Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild, yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel (yg. berasal dr. Jerman, dan menjadi begitu berkuasa sejak abad ke 16 setelah menjadi “peminjam wang” kpd. Raja-Raja Eropah dan kemudiannya mengahwini mereka) - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012.


    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Bah. kedua:

    Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini, terutamanya dlm. industri PERTAHANAN - lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011.
    Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita, atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma! Tapi TAK pula CIA Dajal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia ejen CIA-Mossad yg. disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini (lihat di
    http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

    Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British-NATO, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad-MI6-NATO, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

    Maka teori ‘hijacking’ MAS oleh Barat-Zionis di pengkalan tentera laut US di Diego Garcia ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

    Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas kat lain tempat pula, hingga ke Kepulauan Andaman, Bay of Bengal, Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi! Saya syaki nak mengalih perhatian dari pulau DIEGO GARCIA! Tapi sebelum ni CIA/Pentagon dah yakin MAS ‘terhempas’ di Lautan Hindi! Mereka dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. Cuba cari kat pulau pangkor mungkin jumpa kot ataupun tanya Diego Maradona mungkin dia tau......

    Pakcik Sambal Tempoyak

    ReplyDelete
  5. Kejap lagi makcik smbl belacan dia ckp lah pkcik smlb tempoyak ni agen yahudi la, sokong kapir la, penentang islam la...padahal itu semua spekulasi je.kita tunggu sehingga ada bukti kukuh dan jumpa pesawat tu baru boleh kita komen dan jgn pakai tuduh je....

    Janda Nasi Ayam Kukus

    ReplyDelete
  6. PEMBETULAN:
    Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas kat tempat lain pula, dari Kepulauan Andaman di Bay of Bengal, Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi! Saya syaki nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA! Tapi sebelum ni CIA/Pentagon dah yakin MAS ‘terhempas’ di Lautan Hindi! Mereka dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Tak per semua rakyat Malaysia berhak buat spekulasi dan terpulanglah kepada kita memilih mana yang difikirkan betul dan yang tak betul kita buang

    ReplyDelete
  8. OI si JANDA-AYAM, nampaknya makin ramai si PENGGANASBANGKAI Red Bean yg. ditaja Barat-Zionis, MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, sedg. MENGAMOK, nak halang sebarang maklumat tersebar!

    PI BERAMBOS lu kat BLOGDAPBANGKAI yg. BODOH mcm. KERBAU!

    ReplyDelete
  9. PEMBETULAN (Maaf Sungai Rapat!):

    Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas ke tempat lain pula, dari Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, ke Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

    Saya syaki ini cubaan CIA nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA – saya syaki MAS telah dibawa dari Diego Garcia ke arah ini! ATM mesti dptkan maklumat bila radar mulanya dikesan, kalau betul MAS menuju ke Kepulauan Andaman dari awal lagi, dan kononnya terhempas di Teluk Bengal. Si CIA dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  10. tk abih2 lg dgn diego garcia ko.....

    ReplyDelete
  11. Oi anon12:39pm, lu punya ekoq ni dr. PENGGANAS BABI Red Bean aaah?!

    PI MAMPOS lu kat BLOG DAPBANGKAIBABI!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.