Friday, March 28, 2014

Azhar Idrus Terus Pertahan Tindakan Bomoh Lakukan Ritual




Penceramah bebas yang pro-pembangkang, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin d dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad.

Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz Azhar dikalangan ahli Pas dan pembangkang, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw.

“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak?

“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.

Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’ sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat terutamanya pembang yang terus menyalahkan kerajaan yang dituduh melanggan bonoh tersebut.


Mereka menganggap perbuatan itu telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabelkan tindakan tersebut melanggar hukum yang ditetapkan oleh agama.

Selain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti Perak, Tan Sri Harussani bin Haji Zakaria turut menyifatkan ‘ritual’ Raja Bomoh itu sebagai syirik dan khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Dewan Pemuda PAS (DPP) juga mendesak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertindak ke atas ‘Raja’ Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin kerana didakwa melakukan perbuatan khurafat dan syirik di Perak.

Ustaz Azhar turut menjelaskan, sekiranya bacaan dan bahasa yang digunakan tidak difahami, barulah ia boleh dianggap syirik dan khurafat.

“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi.

“Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula.



Sumber

3 comments:

  1. DIA MEMPERTAHANKAN BOMOH TU PASAL DIA PUN 2 X 5 JUGAK!

    ReplyDelete
  2. Bomoh,azhar idrus,bob lokman semuanya kaki temberang....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.