Tuesday, March 11, 2014

Bapa Meliwat Anak Minta Cerai Semuanya Salah Umno


Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 April sebagai tarikh sebutan semula kes tuntutan penceraian ahli Parlimen Lembah Pantai, anak kepada ketua pembangkang Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir.

Hakim Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut setelah pihak plaintif dan defendan iaitu sumai Nurul Izzah tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Nurul, 33, memfailkan penceraian terhadap suaminya di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) Akta 1984 pada Disember lalu.

Nurul dan Ahmad, 35, dinikahkan pada 9 Mei, 2003. Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Sebelum ini Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 2008 dan beliau dibenarkan ikat jamin dengan kos RM 10 ribu sementara menunggu keputusan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Apakah semua ini adalah konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim?

Nurul Izzah bercerai pun disalahkan umno apa kejadahnya politik jijik yang diamalkan oleh pakatan haram ini.

Rakyat yang tidak berdosa diheret bersama dalam kemelut keluarga yang penuh dengan maksiat hanya menggunakan isu bahawa Anwar Ibrahim telah dianiaya oleh pihak kerajaan.

Anwar Ibrahim punyai peluang berbahas dihadapan hakim untuk menjelaskan keraguan munasabah mengenai kes liwat tetapi beliau dan peguamnya gagal berbuat demikian dan mengambil keputusan mengheret rakyat untuk membuat demonstrasi bagi mempertahankan perbuatan liwatnya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.