Saturday, March 15, 2014

Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR Malam Tadi


Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno.

"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.

Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.

Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.

Beliau secara automatik dipecat dari Umno selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas.

Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli.

8 comments:

  1. Dahlah P. Pinang dah jadi mcm. JAJAHANKAPIR PAP-DAPBANGKAI! Memang dasar PENGKHIANAT bangsa, agama dan negara, yg. sanggup ikut puak KAPIR SYAITAN!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Agak2 lim kit siang mesti senyum2 ek.

    ReplyDelete
  3. Memang biasalah. Orang umno tak nak dia. Dia nak lari mana lagi?. Pkr memang tempat ahli umno yang terbuang.
    Dah kumpul harta umno, sekarang ni nak try pkr pulak.

    ReplyDelete
  4. Mahmeri Pulau CareyMarch 15, 2014 at 11:34 AM

    Itulah cara dia menyatakan bahawa " Aku Melayu Pulau Pinang". Agak-agak berapa hinggit harga simalau ni?

    Berapa hinggit harga Ezam, Zulnordin dan JMM (NGO tajaan PKR) dimata UMNO Selangor pulak?

    ReplyDelete
  5. Anu AlJubri kan dulu pernah jadi Tim.Presiden UMNO dan BN, juga pernah jadi Tim.PM....semua tu adalah atas tiket UMNO, kumpul HARTA, TAHTA, KERETA, WANITA dan pegi MERATA semua atas pltform UMNO juga...dan dijamin mendapat penyokong BUTA.

    Jadi tidak hairan jika UMNO dropouts akan berduyun-duyun mengikutnya kerana janjinya lebih manis dari madu Yaman atau janji keuntungan berlipat ganda melebihi MLM AMway. Itulah AnuWay...Always can workout one!!!.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada maruah serahbalik pencen tim menteri yang hang dapat tu tok shariff oi

    ReplyDelete
  7. Hentam kerajaan tp dok sebat duit gaji kerajaan tanggung anak bini mkn.pi lah join cina kapir tu nanti akhirat hg jwb lah apa yg patut....

    ReplyDelete
  8. Apa kata sape sokong BN/Umporno aje bayar cukai, maka baru boleh kata penerima pencen duit Umporno yg x pencen pn boleh sokong PR....... PK guna kepala lututlh sikit macai2....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.