Tuesday, March 18, 2014

Benarkah Kapten Zaharie Ditukar Pada Saat Akhir Sebagai Juruterbang MH370



Ada yang buat spekulasi mengatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah telah ditukarkan di saat akhir sebagai juruterbang pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan MAS menafikannya

"Itu tak betul.. sebenarnya (ia seperti) di roster, seperti yang di jadual," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang media pada Isnin.

Ini ekoran satu foto telah dimuatnaik di laman Facebook pada 8 Mac oleh Noor 'Olya Dollah yang mendakwa bahawa terdapat perubahan jadual di saat-saat akhir untuk anak kapal Boeing 777-200 itu.

Dalam mesej tersebut, wanita itu menyatakan penghargaannya kepada Allah bahawa suaminya, Anas Mazlin yang pada mulanya dijadualkan untuk terbang laluan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada tengah malam 8 Mac, telah digantikan di saat akhir.


Dalam sebuah laporan olehThe Malay Mail Online hari ini, pihak MAS mengaku terdapat juruterbang yang bernama Anas Mazlin.

Bagaimanapun MAS menafikan bahawa terdapat perubahan dalam jadual yang mengatakan Anas sepatutnya menerbangkan pesawat MH370 itu.

Menurut MAS, Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid telah dimaklumkan tentang jadual mereka tujuh hari sebelum penerbangan dari KL ke Beijing itu.

1 comment:

  1. Kita semua berdoa semoga InsyaAllah MH370 akan ditemui tidak lama lagi. Mungkin berdekatan Vietnam. InsyaAllah semua penumpang dan crews selamat (kapal terbang mendarat dengan selamat). Tetapi.... 4? orang daripada penumpang menghilangkan diri (mungkin suspects). Marilah kita terus berdoa dan sembahyang hajat. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.