Tuesday, March 11, 2014

Berita Kehilangan MH370 Dapat Liputan Luas Di India


Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) daripada skrin radar pada Sabtu lepas, mendapat liputan meluas akhbar di India dan Sri Lanka, sekalipun tidak putus-putus disertai teori berbentuk spekulasi dan pendapat pakar.

Lima daripada 227 penumpang pesawat MH370 adalah rakyat India adalh penumpang MH370 yang didadapi hilang itu.

Media India, yang melaporkan maklumat terkini secara langsung berhubung perkembangan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai pelbagai negara, turut memberi tumpuan kepada urusan perjalanan yang diatur MAS kepada waris penumpang.

Akhbar Times of India melaporkan rakyat negara itu,Vinod Kolekar, 63, isteri Chetana, 59, dan anak lelaki mereka, Swanand, 23, antara penumpang pesawat berkenaan.

Keluarga N. Chandrika Sharma, 50, seorang daripada lima rakyat India, dilanda trauma sejak mengetahui tentang kehilangan pesawat berkenaan pada Sabtu.

Laporan itu menarik perhatian bahawa kira-kira 10 peratus daripada penumpang pesawat MAS yang hilang itu adalah eksekutif tertinggi syarikat telekomunikasi.

Memetik agensi berita asing, akhbar itu berkata Naib Presiden Perancangan Rangkaian, Telecom Global China Hualian Zhang adalah seorang daripada penumpang pesawat malang itu.

1 comment:

  1. Artis India ini sungguh MULIA! Dan berbakat pula tu! MAS patut menghargai sumbangannya.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.