Thursday, March 13, 2014

Bukit Aman Nafi Geledah Rumah Juruterbang dan Anak Kapal MH370


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah hari ini menafikan dakwaan kononnya Polis Diraja Malaysia mengeledah rumah juruterbang dan anak kapal Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini, Hadi berkata, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan.

"Saya tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak media berkenaan perkara tersebut mahupun sebarang kenyataan berkenaan MH370.

"Hanya Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan pesawat berkenaan," kata Hadi.

Sebahagian media asing pagi tadi mendakwa terdapat laporan kononnya rumah juruterbang dan anak kapal MH370 telah digeledah oleh PDRM malam tadi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.