Tuesday, March 25, 2014

CEO Mas Akan Letak Jawatan Selepas Selesai Insiden Ini


Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai.

"Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya oleh seorang pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mendapat sumber bahawa beliau akan meletakan jawatan.

Beliau bersama-sama dengan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof menerangkan bahawa perkara utama yang sangat penting untuk dilakukan pada saat ini ialah mencari pesawat tersebut yang disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.