Sunday, March 23, 2014

Cikgu Bad dan Kumpulan Samseng PKR SAMM Serang Kedai Tom Yam




Ini adalah episod balas dendam yang dibuat oleh kumpulan ektrimis PKR SAMM diketuai oleh pengerusinya Badrul Hisham Shaharin yang dikenali sebagai cikgu Bad datang semula ke kedai yang menghalau Wan Azizah 5 hari yang lalu.

Menurut sumber beberapa orang PKR dari SAMM dan Chegu Bad bertindak menyerang gerai De' Warung Bawal yang sebelum ini mereka menolak Calon PKR, Wan Azizah ketika berkempen ke gerai tersebut. 

SAMM menyerang, mencaci, memaki serta membuat tohmahan terhadap peniaga tersebut.

Mereka bukan sahaja memaki malah tidak mahu membayar harga makanan dan minuman yang dibelinya sebagai tanda protes terhadap apa yang telah berlaku.




Untuk lihat video klik disini

Mengikut peniaga tersebut beliau kecewa kerana sewaktu gerai beliau hendak diroboh beliau meminta pertolongan pemimpin PKR tetapi pemimpin PKR langsung tidak mengendahkan rayuannya.

Kini PKR datang untuk meraih simpati untuk meminta supaya peniaga tersebut menyokong mereka sudah tentu dihalaunya.

Peniaga gerai De' Warung Bawal  membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.