Thursday, March 20, 2014

'Data Satelit dan Radar dari Negara Di dua Koridor Telah diterima'


Malaysia sudah menerima data asal satelit dan radar dari sebuah negara di dua koridor pencarian pesawat MH370, namun maklumat data tidak boleh didedahkan kepada umum atas sebab keselamatan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam sidang akhbar berkata data yang diserahkan sangat sensitif kerana ia membabitkan maklumat radar negara berkenaan, dan hanya diberi untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370.

“Belum boleh lagi dedahkan (maklumat data). Tetapi saya boleh sahkan kerjasama dari negara yang dihubungi adalah petunjuk utama dalam operasi mencari pesawat ini, malah negara terbabit memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh.

Sementara itu misi pencarian pesawat MH370 di koridor utara dan selatan tetap diteruskan meskipun ada penemuan objek dari imej satelit Australia pagi ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Salah satu objek yang ditemui oleh pihak berkuasa Australia di Lautan Hindi mungkin ekor pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketua penyiasat pesawat Air France 447 yang terhempas, David Gallo, memberitahu CNN,"jika ia bahagian kapal terbang yang besar, itu mungkin bahagian ekor."

Pengurus Besar Lembaga Keselamatan Maritim Australia, John Youn berkata, imej yang dirakam agak kurang jelas, tetapi kepanjangan 24 meter itu merupakan saiz yang menusabah.

"Keadaan laut yang bergelora mungkin menyebabkannya ditolak ke atas dan kebawah serta membuatkan imej sebenar susah untuk dirakam," katanya.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, biarpun penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai ia masih belum dapat disahkan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.