Sunday, March 9, 2014

Demo Pertahankan Anwar Di Dataran Merdeka Gagal


Dalam suasana ramai rakyat Malaysia dan seluruh dunia sedang bersedih dengan kehilangan pesawat milik MAS MH370 yang hilang belum dapat di kesan sehingga kini, ada segelintir warga yang taksub dengan ketua mereka beria ia untuk mengadakan demo di Dataran Merdeka pada hari ini. 

Mereka memilih hari ini kerana terdapat aktiviti masyarakat kota di sana dan mereka menumpang 'ramainya' pengunjung di Dataran Merdeka seolah-olah menunjukkan kepada media dunia bahawa mereka mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia.

Isu yang ingin utarakan oleh mereka ialah membebaskan ketua mereka Anwar Ibrahim yang telah di jatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya sendiri dan kini sedang berada didalam tempoh rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Tetapi hajat mereka tidak kesampaian kerana tidak ramai yang menyambut seruan untuk berdemo pada hari cuti ini, mungkin kerana ramai yang masih terikat dengan berita kesedihan yang sedang melanda negara ketika ini, atau mungkin pendemo telah mula merasakan kerja mereka selama ini hanya sia sia atau mereka juga sudah bosan dengan tingkah laku 'ketua' hebat mereka yang bertaraf dunia itu.

Tinjauan di sekitar 1 kilometer di sekitar kawasan Dataran Merdeka, tidak kelihatan mereka mereka yang disuruh datang dengan berpakaian hitam walaupun didalam kelompok yang kecil, tidak saperti zaman reformasi dahulu. Mungkin sedikit kesedaran telah pun ujud didalam diri mereka mereka yang mengikut untuk sekadar bersuka suka dan bukan faham dengan apa yang mereka lakukan, almaklumlah jiwa muda.

Di kawasan kesukaan para pendemo saperti di hadapan Kompleks SOGO juga tidak kelihatan kelompok manusia yang berbaju hitam yang di tanda sebagai 'ahli' mereka yang akan merosakkan kehidupan dan menggangu aktiviti orang lain di kawasan itu, peniaga, pemandu teksi, penghibur jalanan termasuk pengunjung komplek SOGO sendiri.

Ini juga memberi makna paluan dan seruan untuk bereformasi oleh kepala kepala mereka yang di laungkan di Kajang malam tadi tidak di sambut oleh anak didik mereka, walaupun sambutan di Kajang yang di hadiri sekitar 500 orang agak gegak gempita juga tetapi hanya sekadar saperti langau menghurung najis sahaja tidak lebih dari itu, selepas pekena air sirap segelas yang disediakan, mereka sambung minum di restoran berhampiran, maka ceritanya hanya sekadar kedai kopi atau restoran tersebut sahaja, tidak membawa ke Dataran Merdeka pun.

Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keamanan berada di tengah tengah kota dengan seuasana tenang dan damai amat amat di rindukan sejak ianya di cabuli oleh puak puak pendemo yang siang malam berdemo hanya untuk memenuhi nafsu ketua mereka sahaja tanpa memperdulikan orang ramai yang juga mempunyai hak untuk berada di bandaraya bersama keluarga mereka.

Sudah sudahlah mengagungkan manusia yang lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat jelata.

4 comments:

  1. Memang dasar PENGKHIANAT-PENGKHIANAT negara - yg. hanya mementingkan diri sendiri puak ni!

    Saya syak yg. HILANG Passport tu ejen-ejen Mossad-CIA; maka Kem. Luar kita juga harus minta siasatan terperinci terhadap dua rakyat Eropah Itali dan Austria tersebut; jgn. hanya tumpukan pd yg. 'mencuri' passport mereka! Ramai rakyat Eropah yang juga ejen ZIONIS (lihat http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)!

    Kem. Luar diharap JANGAN membenarkan perisik Amerika/British mahupun S'pura menyiasat - kerana CIA-MI6 dan perisikan S'pura dikuasai Mossad-ZIONIS (lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)! Baik panggil Kedutaan Russia utk. membantu - yg. punya pakar terkemuka dan bukan pengampu Barat-Zionis! Lagipun kan ada rakyat Russia yg. juga penumpang MAS itu.

    Walaupun kita dalam kesedihan ini, jgn. lalai dgn. mempertahankan keselamatan agama, bangsa dan negara, dgn. memberi peluang kpd. musuh-musuh DALANG-DUA-MUKA KAPIR DAJAL mengambil peluang!

    Saya syaki, kejahatan perampasan pesawat MAS kita ini, mungkin perbuatan CIA-Mossad, yg. berkaitan politik Geopolitik yg. paling dajal, dgn. tujuan, seumpama peribahasa “killing two birds with one stone” (mensasarkan Malaysia dan China dgn. sekali gus - lihat bagaimana pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas - di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013):

    1. Menghuru-harakan China dan menambah kebencian pd. Islam/umatnya, oleh rakyat China dan Bukan Islam di M'sia serta seluruh dunia, kerana 'PENGGANAS' akan dituduh dari umat Islam Xinjiang kononnya. Tengoklah tuduhan si BETINABANGKAIBABIDAP!

    2. Maka, Malaysia dan China akan dipaksa utk. menerima kerjasama dari Barat-Zionis, terutamanya CIA dan MI6. dan inilah yg. dimahukan si PAP-DAPBANGKAI, yg. disyaki ditaja CIA-MI6-Mossad.

    3. UMNO, k'jaan Islam/Melayu dan MAS kita akan terus dipersalahkan. Bahkan rakyat Cina di China juga akan dihasut membenci BUMIPUTERA Islam/Melayu di Tanah Melayu ini.

    4. MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Emirate, Qatar dan Etihad Airlines.

    Saya juga berharap mana-mana pegawai k'jaan terutamanya yg. Islam/Melayu jgn. bagi lagi maklumat terutamanya di WhatsApp dan Facebook tentang maklumat peribadi yg. menyeluruh atau awam, terutamanya tentang tugasan diplomatik di luar negara dan dlm. negara juga. Facebk dan WhatsApp dikuasai Mark Zuckerberg, yg. disyaki antara Zionis plg. licik tapi plg. mrbahaya - yg. disyaki agen CIA-Mossad.

    Semoga ALLAH SWT menyelamatkan penumpang MAS ini semua, INSYA-ALLAH, tapi memang sedih betul.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Alangkah malang nya kalau MH telah menjadi mangsa niat jahat kumpulan pengganas, walaupun rakyat masih menaruh harapan yang tinggi MH dan penumpang terselamat dari bahaya. Berbalik kepada penggunaan paspot palsu oleh 2 penumpang, kedua-dua paspot ini telah melalui proses mendapatkan visa dari embasi china. Jelas pemalsuan paspot tidak terkesan. Di kaunter KLIA, asalkan ada paspot dan visa, penumpang boleh boarding. Walaupun ada disebut kehilangan paspot ada disenarai dalam database Interpol, adalah baik kalau database tersebut diberi akses kepada semua embasi memproses visa dan pihak imigresen disemua pintu masuk negeri-negeri utama. Seperkara lagi, kedua-dua orang yang kehilangan paspot perlu disiasat oleh pihak berkuasa tertinggi atau Interpol. Walaubagaimanpun semua rakyat Malaysia berdoa yang terbaik untuk MH370.....Ameen

    ReplyDelete
  3. Tak dengar pun Anwar sebut tentang kemalangan ini!

    ReplyDelete
  4. Sudah2lah tu tunjukkan perilaku kita yg pentingkan diri 'pemimpin hebat' yg penuh dendam kesumat sahaja..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.