Sunday, March 9, 2014

Empat Individu Misteri Dalam Pesawat MH370 Disiasat


Pihak berkuasa sedang menyiasat mengenai empat individu misteri dalam pesawat MH370 berikutan terdapat laporan dua individu menggunakan pasport palsu milik warga Itali dan Austria menaiki pesawat itu.

Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan semua pihak keselamatan dalam negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi menyiasat dengan lebih lanjut.

Sementara itu 40 kapal tentera laut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Antaranya 13 dari APMM, 3 kapal dari China dan Singapura, 5 dari Indonesia dan 1 dari tentera laut US

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.