Friday, March 21, 2014

Enam Individu Misteri Buat Intipan Di Anjung Tinjau Di Halau


Enam individu misteri yang kelibat mereka sering kelihatan berada di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarah beredar.

Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini.

Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA.

Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama.

Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan.

Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu.

2 comments:

  1. patut drp hari pertama dah halau puak puak ni... kerja mereka tak lain nak mengintip dan memalukan Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Harapnya Sekuriti kiat BERTEGAS! Kalau kat Barat - kalau org. Islam/Asia buat mcm. ni, dah tahan berhari-hari bawah undg-undg ANTI-TERORISMA; apalagi dgn- kejadian spt MAS ini!

    Tapi kat M'sia ni, selalunya mamat omputih dilayan mcm. TUAN PENJAJAH! Tengoklah pelancong omputih asyik pakai baju hampir telanjang dan berlagak SOMBONG - kat pantai kita jgn. cakaplah; mcm Dunia Barat mereka! Kita pula jadi PENUMPANG kat tanah pusaka ISLAM kita sendiri!

    Tapi si tamadun omputih ni, kat Barat, bukan main pandang hina kat umat Islam yg. alim cthnya yg. pakai tudung, kopiah, yg. asyik ke masjid - bahkan si omputih akan hantar ejen PENYAMAQ /berlagak sbg- 'convert', utk. spy kat MASJID-MASJID suci kita - sedgkan gereja, kuil mana mereka berani?!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.