Wednesday, March 12, 2014

Enam Kali Terselamat Daripada Mati Tapi Kini Tersenarai Penumpang MH370


Pengalamannya terselamat daripada mati sebanyak enam kali sepanjang hidup. Itulah yang dilalui seorang penulis kaligrafi dari China, Liu Rusheng dalam artikel yang ditulisnya pada tahun 2006.

Lelaki berusia 77 tahun dari Nanjing serta isterinya Bao Yuanhua, 63, kini didoakan supaya berada dalam keadaan selamat oleh saudara dan peminat selepas pasangan itu tersenarai antara 227 penumpang penerbangan MH370 yang kini hilang dari radar.

Laman Berita China Chinese Daily yang menyiarkan semula artikel Liu menceritakan bahawa dia terselamat daripada mati untuk kali pertama ketika masih bayi apabila menempuh Perang Dunia II.

Liu yang merupakan anak bongsu sering ditinggalkan ibu bapanya di dalam rumah ketika mereka melarikan diri apabila dikejar tentera Jepun.
“Sebenarnya, ibu bapa tidak mengharapkan saya untuk terus hidup. Tetapi apabila mereka pulang, mereka terkejut melihat saya masih hidup.

“Kejadian kedua berlaku ketika saya sedang belajar menunggang basikal dan telah berlanggar dengan sebuah trak. Saya terperangkap di bawah trak dan diseret, tetapi masih hidup,” cerita Liu dalam artikelnya.

Kemudian semasa berenang dengan beberapa orang kawan, Liu hampir lemas.

Ketika dewasa, dia mengalami beberapa serangan jantung – pertama ketika latihan di sebuah kem tentera pada tahun 1971 dan kemudian dalam kereta api semasa dalam perjalanan Dunhuang pada tahun 1982.

Beliau mengalami satu lagi serangan jantung di rumah pada tahun 1993 tetapi berjaya berbasikal ke hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Teruja dengan nasib dirinya, Liu menulis: “Selepas melarikan diri daripada kematian beberapa kali, saya kini menikmati hidup yang lebih baik.”

Liu dikatakan sering membawa bersama satu cop perkataan “shang Cang hou wo”, yang bermaksud ” Tuhan memberkati saya” dalam bahasa Cina.


Liu dan pasangannya diantara penumpang MH370 yang masih hilang

Sumber 

1 comment:

  1. Sedih betul - ramai artis Kaligrafi China juga yg. termasuk penumpang MAS tersebut.

    Ini satu lagi berita yg. harus diTELITI! Saya syaki ini salah satu sebab utama penerbangan MAS ini disasarkan kerana kehadiran sekaligus, 12 jurutera/pakar dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting dlm industri microchip, dr. syarikat Freescale Semiconductor, dlm penerbangan tersebut! Disyaki Mossad-CIA tidak akan berdiam diri dgn. pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh ramai saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8, Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists, Vincent Trivett, Aug. 5, 2011).

    Lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/:

    Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says

    March 10, 2014

    SAN FRANCISCO: Employees of Freescale Semiconductor who were on a Malaysia Airlines flight presumed to have crashed were doing sophisticated work at the U.S. chipmaker, a company spokesman said on Sunday.

    The 20 Freescale employees, among 239 people on flight MH370, were mostly engineers and other experts working to make the company's chip facilities in Tianjin, China, and Kuala Lumpur more efficient, said Mitch Haws, vice president, global communications and investor relations.

    "These were people with a lot of experience and technical background and they were very important people," Haws said. "It's definitely a loss for the company."

    None of Austin, Texas-based Freescale's most senior executives were on board the Boeing Co 777-200ER airliner that vanished from radar screens about an hour after it took off from Kuala Lumpur for Beijing on Saturday.

    The employees who were on board, 12 from Malaysia and eight from China, came from a range of disciplines and they were part of a broad push by Chief Executive Officer Gregg Lowe to make Freescale more efficient and cost effective, Haws said.

    Top-quality engineers are hard to come by for chipmakers and other technology companies, and losing them can have a major impact on business, regardless of their seniority.

    While the employees on the flight account for less than 1 percent of Freescale's global workforce of 16,800 people, they were working toward the same goals and their loss will reverberate throughout Freescale, Haws said.

    They had been streamlining facilities in Tianjin and Kuala Lumpur that Freescale uses for testing and packaging microchips used in automobiles, consumer products, telecommunications infrastructure and industrial equipment.

    On Sunday, Freescale was organizing transportation and accommodation for the 20 staff members' families, as well as providing grief counseling, Haws said.

    One of the chipmaker's long-time competitors, Texas Instruments, tweeted on Saturday: "We extend our condolences to the families and coworkers of the @Freescale employees aboard Malaysia Airlines flight MH370."- Reuters

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.