Wednesday, March 26, 2014

Imej satelit terbaharu berjaya kesan 122 objek di Lautan Hindi


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, imej satelit terbaharu daripada Airbus itu berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi dan memberikan satu lagi petunjuk baharu bagi mengesan pesawat MH370 hilang dan masih menjadi misteri.

Dalam perkembangan yang sama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan teknologi dan pendekatan berbeza selepas tamat 30 hari jangka hayat bateri pada kotak hitam pesawat MH370 yang hilang.

Perkara itu dinyatakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

1 comment:

  1. Objek sana
    Objek sini

    Mohon ya Allah
    Temukanlah kami sesuatu

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.