Saturday, March 15, 2014

Individu Yang Ambilalih Pesawat MH370 Seorang Juruterbang Yang Profesional dan Cekap


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar, kata seorang pegawai kanan tentera Malaysia.

Komen tersebut menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.

"Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap," kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.

Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.

Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.

"Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan," katanya.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu lalu.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.