Monday, March 31, 2014

Ini Dia Objek Yang Dikesan Oleh Satelit


Tiada satu pun daripada kelima-lima objek yang diambil di Lautan Hindi ada kaitan dengan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam Ahad, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.