Saturday, March 15, 2014

Jika Benar Pesawat MH370 Dirampas, Siapa Dalangnya?



Dalam sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi beliau berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.

ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.

ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat.

Persoalannya siapakah yang begitu profesional sehingga mampu mematikan semua sistem penerbangan yang begitu canggih di dunia. Ramai juruterbang senior jadi bingung dengan kejadian ini.

Salah seorang bekas juruterbang profesional iaitu Kapten Norudin Abdul Majid semasa ditemubual oleh TV3, beliau langsung tidak menjawab tentang teknikal pesawat MH370 beliau hanya berkata "Apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih," itulah antara kata-kata bekas juruterbang MAS 777-200.

Kapten Noruden Abdul Majid merupakan salah seorang kapten yang bertanggungjawab membawa balik pesawat boeing 777-200 ke Malaysia. Beliau tahu kemampuan dan kebolehan pesawat jenis ini.

Masih terlalu awal untuk mengesyaki individu yang menjadi dalan kepada rampasan ini tetapi rasanya sudah ada beberapa clue kearah itu.
Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini.

Polis mula menjalankan siasatan di kediaman rumah juruterbang penerbangan MH370 yang hilang pada hari Sabtu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat itu disyaki sengaja dialihkan, pegawai kanan polis memberitahu Reuters.

Pegawai polis tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, di Shah Alam, pada petang Sabtu, tidak lama selepas Najib mengakhiri sidang akhbar beliau.

Lambat laun dalang terhadap insiden ini akan diketahui juga.

5 comments:

  1. Cuba tanya anuar ibrahim mungkin dia tau.

    ReplyDelete
  2. Anuar skrg kalau tanya dia tak tau apa2..yg dia tau jwb..pasal lobang jubo..lobang taik..lobang kentot.,pasal ape jenis lobang dia pakar..

    ReplyDelete
  3. Jangan pulak jika terbukti ada 'dalang' yg terlibat mcm kes lahad datu...yg mengorbankan banyak nyawa anggota keselamatan...namun hingga ke hari ini rakyat tidak dimaklumkan siapa 'dalangnya'....takot2 sekiranya terbukti benar ada musuh dlm selimut kes MH370....silap2 hanya dengan perkataan 'maaf' sahaja sudah boleh cuci tangan....itulah 'kehebatan' pemerintahan di Malaysia...

    ReplyDelete
  4. Adakah sains itu luar kuasa Allah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.