Friday, March 14, 2014

Jika Benar Pesawat MH370 Hilang Dilautan Hindi Peluang Menemuinya Semakin Tipis


Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News.

Pegawai kanan Pentagon itu memberitahu ABC News, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan.

Jelas pegawai itu, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut.

Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Bekas juruterbang berpengalaman Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sebelum ini berkata Lautan Hindi adalah kawasan laut yang paling bergelora kerana kawasan perairannya yang cukup luas dan tidak dihimpit oleh daratan, berbanding kawasan laut lain.

"Ini adalah kawasan yang paling sunyi di dunia. Sangat sedikit kapal dan pesawat yang lalu di situ. Ombaknya kuat dan angin kencang. Sekiranya pesawat hilang di situ, peluang untuk menemuinya sangat tipis," katanya.



Untuk rekod Lautan Hindi merupakan satu-satunya lautan yang namanya berasal dari nama negara, iaitu India. Lautan Hindi adalah laut terpanas di dunia.

Lautan Hindi juga dikenal sebagai 'Ratnakara' dalam literatur Sansekerta India kuno. Ratnakara bererti 'pembuat (pencipta) dari permata' dalam bahasa Sansekerta kuno.

Memiliki kehidupan haiwan laut yang jarang disebabkan suhu air yang lebih tinggi. Air di Lautan ini memiliki salah satu kandungan oksigen terendah di dunia kerana peningkatan penguapan yang lebih besar dalam laut disebabkan suhu air yang lebih tinggi.

Lautan Hindi adalah lautan di dunia yang tertutup, karena itu daerahnya menjadi tertutup ke utara dengan batas benua Asia.
luasnya kira-kira ½ dari luas Lautan Pasifik.

3 comments:

  1. Bah. Pertama:

    Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ kampung kat pendalaman dan kwsn. Pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!

    Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu?!)! Maka bukti mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini!

    Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )! Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild (yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)

    Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Bah. kedua:

    Tapi TAK pula CIA Dajal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad; disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini (lihat di
    http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

    Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

    Ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

    Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Kenapa menuju ke lautan hindi?? Melainkan untuk tujuan sabotaj atau rampasan....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.