Saturday, March 8, 2014

Kali Terakhir Pesawat Dihubungi Pada Jam 1.30 Pagi


Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan bahawa kali terakhir pesawat Malaysian Airline System Berhad (MAS) MH370 berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan pada kedudukan longitut 0.65515 utara dan latitud 1033443 timur.

Katanya, pesawat malang itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mas, Ahmad Jauhari Yahya berkata, insiden tersebut tidak menjejaskan operasi dan penerbangannya ke tempat lain

Antara ciri-ciri yang ada pada pesawat 777-300 adalah:

1: Pesawat 777 ialah sebuah pesawat paling selamat didunia. 
2: Masih baru iaitu berusia 11 tahun. .
3:Segala kerosakan boleh dikesan dengan hanya ases dari Laptop sahaja..
4: Penyelengaraan dibuat mengikut jadual..
5: Tiada rekod bahawa pesawat jenis ini pernah mengalami masalah penerbangan sebelum ini..
6: Juruterbang pesawat antara yg berpengalaman...
7: Tahap keselamatan DCA cukup ketat dan perlu dipatuhi..
8: pehak berkuasa begitu berhati hati untuk mengeluarkan kenyataan...
9: Tiada pangilan dari pilot. MAY day! May day!..

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.