Sunday, March 30, 2014

Kapten Nik Tetap Yakin Pesawat MH370 Telah Diuruskan Oleh Orang Yang Berpengalaman


Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.


Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.


Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teorihuman interference(perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiadacornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.