Tuesday, March 11, 2014

Karpal Didenda RM4000 Kesalahan Menghasut dan Menghina Sultan Perak



Pengerusi Dap Karpal Singh didenda RM4,000 atas kesalahan menghasut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Azman Abdullah berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti fakta kes dan kepentingan awam, termasuk keadaan kesihatan Karpal.

Pada 21 Februari, Karpal didapati bersalah mengeluarkan kenyatan menghasut bahawa tindakan boleh diambil terhadap Sultan Perak ekoran pertukaran Mohd Nizar Jamaluddin (kiri) sebagai menteri besar pada 2009.

Seksyen 4 Akta Hasutan memperuntukkan maksimum denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Haram yang didapati bersalah selepas Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat bekas pembantunya.

Karpal akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh kehilangan kerusinya jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.