Wednesday, March 19, 2014

Kecoh: Sekumpulan Keluarga Warga China Merempuh Masuk Bilik Media Di KLIA


Sekumpulan ahli keluarga warga China yang menaiki pesawat MH370 bertindak merempuh masuk bilik sidang media di Hotel Sama-Sama kira-kira jam 4.30 petang tadi dengan membawa kain rentang sambil berteriak dan menangis.

Bagaimanapun tindakan sekumpulan ahli keluarga yang terdiri daripada empat hingga lima orang itu berjaya ditenangkan oleh pegawai sekretariat media dan dibawa keluar oleh pegawai polis yang bertugas di situ.

Keadaan di bilik media berkenaan kecoh kira-kira 10 minit apabila salah seorang ahli keluarga mangsa yang berteriak dalam bahasa ibundanya berkata "Kerajaan Malaysia sembunyikan maklumat mengenai ahli keluarga kami". 


Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.

Mereka ditempatkan dalam bilik sekreteriat sementara waktu. Para media menunggu untuk perkembangan lanjut.
Difahamkan, keluarga berkenaan menginap di Hotel Cyberview di Cyberjaya untuk menunggu laporan dan maklumat mengenai misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.