Saturday, March 8, 2014

Kehilangan Pesawat MH370: Sidang Media Oleh Perdana Menteri


Perdana Menteri belum dipastikan kedudukan sebenar tempat kehilangan pesawat MH370. walaubagaimana pun operasi mencari dan menyelamat telah sampai dikawasan yang disyaki kemalangan berlaku.

Malaysia memperluaskan kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan menambah bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar khas pada pukul 7.05 malam ini berkata, pada masa sama, kerajaan juga telah mendapat kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.

"Antara pesawat yang dikerahkan kerajaan adalah empat buah C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Kita telah mendapat persetujuan Vietnam untuk melakukan operasi mencari di kawasan perairan mereka.

"Saya juga telah bercakap dengan Perdana Menteri China dan menyampaikan takziah kepada beliau kerana 153 daripada 239 penumpang MH370 ini adalah rakyat negara berkenaan. US Navy juga akan menghantar pesawat mencari manakala Singapura pula akan menghantar sebuah Charlie HC130," kata beliau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah sampai ke lokasi terakhir MH370 yang dilaporkan terputus hubungan iaitu 120 batu nautika ke timur Kota Bharu.

Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu Astro AWANI bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai lagi.

"Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan," kata Hamid.

Antara aset APMM yang telah sampai di lokasi adalah kapal KM Amanah, KM Langkawi, serta KD Pahang daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Sebuah pesawat Bombardier serta helikopter EC275 tentera turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas.

Dalam rancangan kedua operasi itu, pasukan-pasukan penyelamat akan menggerakkan KD Terengganu dan beberapa kapal kecil serta pesawat Augusta.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.