Monday, March 24, 2014

Keluarga Mangsa Di China Tidak Dapat Menahan Kesedihan Selepas Pengumuman Dato Seri Najib







Keluarga Mangsa di negara China yang menjadi penumoang pesawat malang MH370 tidak dapat menahan kesedihan selepas mendengar pengumuman Dato Seri Mohd Najib mengenai berakhirnya pernerbangan MH370 di Lautan Hindi


Sebelum itu pasukan mencari antarabangsa melaporkan lebih banyak visual objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan, yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian.

Pesawat mencari dari China dilaporkan melihat objek dalam kawasan pencarian Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott , mengatakan bahawa pesawat carian mengesan dua objek di dalam kawasan pencarian Australia, iaitu satu empat segi panjang dan satu bulatan.

"HMAS Success berada di kawasan itu, dan objek itu mungkin boleh diambil dalam beberapa jam yang akan datang, atau paling lewat menjelang pagi esok," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.