Friday, March 28, 2014

Keluarga Mangsa Di Indonesia Masih Percaya Anaknya Masih Hidup Dan Boleh Dihubungi Dengan Skye


Firman Candra Siregar merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 22 hari yang lalu. Anak kepada Dr January Siregar.

Pihak keluarga Firman Candra Siregar , penumpang pesawat MH370 , hingga saat ini masih belum boleh menerima kenyataan dari Kerajaan Malaysia bahawa pesawat jatuh di Lautan Hindi .

Mereka punya alasan . Seperi dikatakan oleh Bapa Firman , January Siregar , apabila disahkan pesawat hilang pada 8 Mac 2014 , pihak keluarga masih mendapat panggilan melalui saluran Skype daripada iPad milik Firman .

" Saya lihat ada beberapa missed call pada tarikh 11 dan tarikh 13 Mac , dari iPad yang dipegang firman , " ujar January .

Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahawa Firman dan penumpang lain selamat . Apalagi , hingga saat ini tidak ditemui bukti - bukti sebarang serpihan daripada pesawat .

January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan berkata , maklumat ini sudah dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan syarikat penerbangan Malaysia Airlines .

Untuk itu , kata January , pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang asal Indonesia telah menghantar petisyen agar Malaysia dan syarikat penerbangan memberikan maklumat yang tepat dan telus .

" Kami juga berharap agar kerajaan Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 sehingga ditemui , " kata January .

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.